> KELANTAN > Terpaksa tangguh pengajian akibat kanser, ini kesukaran yang harus dilalui
Terpaksa tangguh pengajian akibat kanser, ini kesukaran yang harus dilalui
ZUMURNI HAMZAH Khamis | 17 Januari 2019

MACHANG - Pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Abdul Halim Mat Hassan, 25 terpaksa menangguhkan pengajiannya selepas disahkan menghidap kanser pangkal hidung sejak Disember 2017.

Dia bukan sahaja terpaksa menangguhkan pengajian malah turut menghadapi pelbagai kesukaran akibat penyakit tersebut termasuk hilang lebih 30 kilogram berat badan dan menjalani pembedahan menebuk leher selain turut melalui rawatan radioterapi dan kimoterapi.

Kata Abdul Halim, dia juga terpaksa bergantung hidup kepada susu khas yang dicadangkan doktor dengan perbelanjaan mencecah RM700 sebulan.

Jelasnya, perbelanjaan tersebut bukan sedikit bagi keluarganya memandangkan ayahnya bekerja sebagai buruh dengan pendapatan tidak menentu dan mereka turut mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM150 sebulan.

Tambahnya, dia menyimpan hasrat yang cukup besar bagi membantu kedua orang tuanya sebaik sahaja menamatkan pengajian memandangkan dia anak pertama dalam keluarga yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.

"Saya sendiri tak sangka dan terkejut apabila dimaklumkan menghidap kanser pangkal hidung tahap tiga namun sebagai seorang mukmin saya menerimanya dengan reda dan yakin perancangan ALLAH adalah yang terbaik.

"Saya sepatutnya menjalankan latihan industri pada Februari tahun lalu namun terpaksa ditangguhkan ke September pada tahun yang sama. Akibat masalah kesihatan yang berterusan, saya sekali lagi terpaksa menangguhkan latihan itu ke tahun ini. Saya berharap dapat menghabiskan pengajian ini dengan segera dan mengenggam segulung ijazah di UMK untuk dihadiahkan kepada orang tua mereka sebagai tanda terima yang tidak terhingga atas pengorbanan mereka," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Islam Abdul Halim di 03045022358713


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
ALOR SETAR - Seramai 12 pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) termasuk seorang mangsa parah dalam kejadian runtuhan jeti di Pulau Anak Tikus, Langkawi, petang Isnin...
MACHANG - Pelbagai cabaran terpaksa dilalui Mohd Shahir Hakimi Zulkifli, 24, bagi menggenggam segulung ijazah sarjana muda selepas disahkan menghidap penyakit buah pinggang sejak...
KEMAMAN - Penyakit leukemia kronik yang dideritai pernah membuatkan Mohd Adam Syakir Sidek, 27, berdepan kemurungan teruk gara-gara badannya berubah kurus kering, kulit hitam legam...
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa, Mohd Razali Che Hamid, 56, dipercayai dalam perjalanan dari Klewek ke bandar Tanah Merah.
Hasrat Graduan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Amirah Mohd Zahari, untuk membalas jasa ibu dan bapanya tidak kesampaian selepas meninggal dunia akibat penyakit gangguan saraf,...
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melancarkan Program Pemerkasaan Keusahawanan Komuniti peringkat jajahan Tumpat yang bermatlamat untuk menghasilkan indikator dan instrumen...