> KELANTAN > 557 warga IKTBN Bachok derma darah
557 warga IKTBN Bachok derma darah

BACHOK - Seramai 462 pelajar dan 95 staf Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok Kelantan menyertai program derma darah sempena pendaftaran pelajar baharunya di Dewan Serbaguna institut itu baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar, Muhammad Abd Rahman berkata, program 'Setitis Darah Harapan Sejuta Nyawa’ yang dianjurkan ini adalah untuk menampung bekalan darah di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian dan Hospital Daerah Machang Kelantan.

Antara pelajar IKTBN yang terlibat menderma darah.

Sokongan dan keikhlasan menderma darah oleh staf dan pelajar IKTBN Bachok ini perlu diberi pujian kerana rata-rata yang menderma darah ini bersedia dan beratur lebih awal sebelum kaunter yang dikendalikan oleh 40 staf dari kedua hospital ini menyediakan katil untuk menderma.

Antara sebahagian yang terlibat dalam program Setitis Darah Harapan Sejuta Nyawa anjuran IKTBN Bachok.

“Saya kagum dengan semangat kesukarelaan warga institut ini sekaligus dapat menambahkan bekalan darah yang diperlukan,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu tinjauan sekitar dewan memperlihatkan keceriaan wajah mereka kerana dapat menderma darah bagi mereka yang memerlukan.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
SEPANG – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam (BM) Pulau Pinang menjulang Piala Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian...
Persatuan Alumni Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Malaysia menggerakkan pasukan sukarelawan membantu mangsa banjir
PUTRAJAYA - Permintaan tinggi industri terhadap lepasan Pendidikan Teknikal dan Latihan (TVET) membuktikan graduan institusi itu setanding dengan mereka yang menamatkan pengajian...
Graduan daripada Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong Muhammad Nur Hakimi Maiden 22, dari jurusan Kenderaan Perdagangan terkejut dipilih sebagai graduan bertuah...
Alumni Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Malaysia disaran terlibat dalam menyokong dan memberi sumbangan secara sukarela kepada 22 ILKBS terdiri dari Institut...
SEPANG - Kejayaan kontinjen Malaysia yang meraih 11 pingat dalam WorldSkills Asia (WSA) Abu Dhabi 2018 membuktikan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) negara adalah...