> SEL KL > iReX 2018 platform mahasiswa MSU serlah kreativiti
iReX 2018 platform mahasiswa MSU serlah kreativiti
AHMAD IBRAHIM, MSU Selasa | 29 Januari 2019

SHAH ALAM - MSU melalui Faculty Information Sciences and Engineering (FISE), baru-baru ini telah menganjurkan edisi ke-8, iReX 2018 bertemakan ‘Techtour, Techcom, Technopreneur’ menonjolkan produk serta idea kreatif projek pelajar semester akhir kepada rakan industri dan warga kampus.

Acara dwi-tahunan yang berlangsung selama dua hari di Dewan Canselor MSU ini membabitkan 358 pelajar bagi program peringkat ijazah sarjana muda dan diploma melibatkan tiga jabatan iaitu Media Science and Graphic (MSG), Engineering and Technology (ENT) serta Information Science and Computing (ISC).

Antara hasil kreativiti yang dihasilkan oleh pelajar MSU.

Penganjuran iReX 2018 ini adalah platform kepada perkongsian idea, inovasi dan kreativiti serta mengupas aspek pengkomersialan produk yang telah dihasilkan. Ia juga merupakan platform kepada para pelajar dalam memperkasakan kemahiran insaniah yang menjadi elemen penting dalam pembangunan mahasiswa yang holistik dan kompeten.

Program yang sama turut menyaksikan Majlis Memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan kerjasama pintar antara MSU bersama empat rakan industri iaitu iSentral TV, syarikat perintis media baru di Asia Tenggara; Secure Metric, syarikat keselamatan siber; 3D Gens, syarikat teknologi percetakan; serta System RKK, syarikat perkhidmatan pengurusan dan teknologi maklumat.

Presiden MSU (empat, kiri) bersama rakan industri dalam majlis Memeterai Memorandum Persefahaman (MoU).

iReX 2018 telah dirasmikan oleh Presiden MSU, Profesor Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab. Yajid. Menurut beliau, program seumpama ini dapat menyediakan peluang terbaik kepada pelajar dalam mengetengahkan hasil produk dan kreativiti mereka.

"Kerjasama antara industri dan universiti memainkan peranan penting dalam melahirkan bakat-bakat baru yang kreatif dalam pembangunan negara seterusnya memperkasakan budaya inovasi serta memberikan nilai tambah dalam kalangan para pelajar mengikut tuntutan Industri 4.0,” katanya

Aktiviti-aktiviti lain yang turut dijalankan ialah pameran oleh Creative Art Club, Photography and Video Club, Computer Forensic Club, dan Young Engineer Club serta sesi perkongsian ilmu dan pameran oleh rakan industri MSU termasuklah Studio Souffle, syarikat komunikasi visual; DreamEDGE, syarikat kejuruteraan inovasi, pembangunan teknologi dan produksi media kreatif; dan Rigil Services, syarikat konsultansi keselamatan serta demonstrasi percetakan 3D oleh ServSolution Technology.

Para pelajar membanjiri iReX 2018 Dewan Canselor MSU bertemakan Techtour, Techcom, Technopreneur.

Manakala syarahan industri pula melibatkan SP Setia Group Communication and Information Technology - 'Communication Skill in IT'; Drawzania.com - 'Free-Hand Sketching; Visualize to Win' dan Vettons.com -'Digital Transformation in Malaysia'

Pertandingan ‘Innovation and Creativity Showcase (ICs)’ yang dianjurkan khusus untuk mengiktiraf kreativiti dan inovasi pelajar yang menyertai iReX 2018 di mana 18 pelajar telah diumumkan sebagai pemenang pingat emas, perak dan gangsa mengikut kategori masing-masing.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Seorang dari setiap enam orang di muka bumi ini adalah penutur bahasa Mandarin. Dengan jumlah sebanyak ini, kebolehan bertutur bahasa ini hampir boleh dijadikan keperluan asas...
Pejabat Penasihat Undang-Undang dengan kerjasama Perpustakaan Laman Hikmah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) baru-baru ini telah menganjurkan Pameran Perundangan dan...
MELAKA – Politeknik Merlimau melalui pelajar semester 5, Diploma Pengurusan Acara, Jabatan Pelancongan & Hospitaliti baru-baru ini telah mengadakan Festival Pahlawan Senaman atau...
KUALA LUMPUR - Universiti Malaysia Pahang (UMP) baru-baru ini telah mengukuhkan kerjasama dengan Pusat Kecemerlangan Asia bagi Teknologi Pintar atau Asia Center of Excellence for...
Para penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meraih kejayaan cemerlang di Seoul International Invention Fair (SIIF) 2018 yang berlangsung di Seoul,
SHAH ALAM - Bertempat di Dewan Mawar Qaseh, Kolej Mawar, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam baru-baru ini telah berlangsung peringkat akhir pertandingan University...