> > Ledakan teknologi Revolusi 4.0, bersediakah kita?
Ledakan teknologi Revolusi 4.0, bersediakah kita?
WARTAWAN KAMPUS UOLS Selasa | 29 Januari 2019

Kita sering mendengar perkataan Revolusi 4.0, namun adakah kita faham apa itu Revolusi 4.0? Revolusi 4.0 atau dikenali Industri ke Empat telah melalui perkembangan teknologi dan sistem fizikal manusia bermula 250 tahun yang lalu.

Menerusi Revolusi Industri Pertama, manusia telah menerima revolusi perkembangan industri dan pengangkutan menerusi penciptaan enjin stim. Teknologi stim dan enjin telah menghasilkan mesin mekanikal dan menggerakkan pelbagai industri berkaitan termasuk perkilangan dan pengangkutan.

Revolusi Industri ke Dua pula melibatkan penghasilan tenaga elektrik dan membawa revolusi industri yang lebih pesat menerusi penghasilan produk perkilangan, pengangkutan, dan komunikasi yang lebih banyak dan pantas.

Revolusi Industri Pertama dan ke Dua adalah melibatkan inovasi tenaga air dan elektrik yang menjadi asas kepada perkembangan Industri ke Tiga yang melibatkan perkembangan teknologi digital sekitar tahun 1960-an.

Kehidupan manusia menjadi lebih pantas dan kompleks atas dasar perkembangan alatan elektronik dan pengkomputeran seperti kamera digital, kenderaan yang lebih pantas, serta penggunaan sistem komputer dalam sektor perkilangan dan pembuatan.

Revolusi Industri 4.0 pula adalah terhasil dari ledakan tiga revolusi yang dinyatakan. Ia menggabungkan antara kecekapan bahan tenaga, teknologi digital, teknologi fizikal yang lain dengan kepintaran manusia dalam membentuk pola dan gaya kehidupan serta industri-industri baru.

Dalam mendepani 'kesinambungan' Revolusi 4.0 ini, yang menjadi persoalannya adakah kita sudah bersedia menghadapi segala cabaran dan juga risiko bagi 'merealisasikan' matlamat ini yang pasti ada kesan sisi negatif di sebalik sumbangan positifnya?

Tingkat produktiviti dengan kos rendah

Menurut Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Mahazan Abdul Mutalib Revolusi Industri 4.0 adalah penting untuk membantu sesuatu industri berkembang dan seterusnya meningkatkan produktiviti dengan kos yang rendah.

Prof. Madya Dr. Mahazan Abdul Mutalib

Ia adalah asas kepada kepesatan teknologi yang memangkin peningkatan hasil perkilangan dan pembuatan, pergerakan yang lebih cekap dan pantas menerusi sistem pengangkutan termoden, dan sistem perkhidmatan yang lebih dipercayai.

"Kemampuan sesuatu negara, terutamanya negara maju dan membangun mengikuti dan bersaing dalam Revolusi Industri 4.0 akan memberi kesan kepada perkembangan ekonomi negara-negara tersebut. Revolusi ini juga mampu menghasilkan industri-industri baru dan seterusnya meningkatkan hasil kekayaan negara," katanya.

Impak kepada universiti

Tambahnya lagi, Revolusi Industri 4.0 boleh mengakibatkan kesan positif dan negatif kepada Pendidikan Tinggi. Ini kerana proses pembelajaran boleh berlaku dengan lebih cekap dan menarik menerusi aplikasi tertentu dan perkongsian maklumat serta data yang lebih luas menerusi capaian dan jaringan Internet.

Manusia akan lebih belajar sesama-sendiri dan perkembangan ilmu semestinya akan berlaku dengan lebih pesat menerusi aktiviti penyelidikan dan inovasi yang pelbagai.

"Antara yang menarik tentang Revolusi Industri 4.0 ialah ledakan maklumat serta teknologi digital. Universiti sebagai institusi pendidikan seharusnya menjadi institusi pertama yang mengeksploitasi kelebihan Revolusi Industri 4.0 bagi tujuan perkembangan ilmu dan penyelidikan. Universiti akan menjadi lebih fleksibel dan memberikan ruang yang lebih kepada pembinaan kurikulum pengajian yang lebih kreatif dan memenuhi tuntutan industri.

Usim menyokong pelbagai projek-projek penyelidikan yang memberi impak kepada keseimbangan masyarakat menerusi aplikasi teknologi terkini.

"Selain itu Revolusi Industri 4.0 juga boleh memberi kesan kepada peningkatan kebergantungan industri kepada Internet dan teknologi, yang mana mengurangkan kebergantungan kepada kemahiran fizikal manusia. Ini mengakibatkan industri akan mengurangkan bilangan pekerja, justeru akan meningkatkan lagi jurang kebolehpasaran graduan," katanya.

Perancangan dan usaha

Dalam menyokong pelaksanaan teknologi Revolusi 4.0 ini, pastinya memerlukan banyak komitmen dan usaha bagi memastikan impian terlaksana.

Akui Dr. Mahazan, Revolusi Industri 4.0 ini dilihat sebagai cabaran terhebat yang universiti sedang hadapi. Ini kerana Revolusi 4.0 memerlukan pelaburan besar universiti untuk menyediakan infrastruktur bersesuaian, membuat penyelidikan, dan melakukan perubahan pendekatan pendidikan agar seiring dengan keperluan Revolusi Industri 4.0.

Universiti tidak seharusnya menjadi pengguna dan pengikut Revolusi Industri 4.0 tanpa mampu bertindak-balas kepada kesan negatif yang terhasil dari ledakan teknologi ini dalam masyarakat.

"Antara perkara utama yang patut universiti tekankan ialah sentiasa menilai kemampuan universiti untuk menghasilkan insan atau graduan yang mampu berinteraksi dengan teknologi secara sihat dan rasional seterusnya menjadi agen kepada perubahan masyarakat tanpa menjejaskan nilai-nilai murni kemanusiaan.

"Contohnya, USIM sendiri sedang giat berusaha untuk sentiasa mampu menggunakan teknologi dalam aspek pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan. Antara usaha yang sedang dilaksanakan USIM ialah menyokong pelbagai projek-projek penyelidikan yang memberi impak kepada keseimbangan masyarakat menerusi aplikasi teknologi terkini.

Projek Kampung Mizan Usim antara inisiatif berterusan universiti untuk mengkaji isu-isu ketidakseimbangan yang berlaku hasil kesan industri dan pembangunan terutamanya di luar bandar.

"Al-Jazari hub sebagai contoh adalah usaha terkini USIM untuk mengumpulkan hasil inovasi universiti untuk dikongsi bersama masyarakat. Dalam masa yang sama, USIM juga sentiasa menyokong projek penyelidikan yang memberi fokus kepada aspek nilai dan kemanusiaan di samping kajian-kajian bersifat teknologi dan digital. Projek Kampung Mizan USIM adalah satu inisiatif berterusan universiti yang mengkaji isu-isu ketidakseimbangan yang berlaku hasil dari kesan industri dan pembangunan terutamanya di luar bandar.

"Selain dari itu, USIM juga giat menyokong usaha Pendidikan Sepanjang Hayat menerusi inisiatif Madal Hayah. Inisiatif ini akan mengeksploitasi teknologi terkini bagi tujuan pendidikan dan perkongsian pendidikan yang lebih seimbang di dalam dan luar kampus selaras dengan visi USIM untuk mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli bagi menghasilkan nilai kepada negara, ummah dan manusia sejagat," katanya merangkap Ketua Penyelidik Pusat Penyelidikan Mizan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
BARU-BARU ini kerajaan telah mengumumkan akan mengambil langkah mengharamkan penggunaan straw plastik bermula 1 Januari 2020 yang memberi pelbagai reaksi netizen di media sosial....
Baru-baru ini masyarakat Malaysia dikejutkan dengan penggantungan laman web saps (sistem analisis peperiksaan sekolah) ekoran laman web tersebut telah digodam oleh pihak yang tidak...
DALAM alam pendidikan tidak lengkap jika tidak diadakan majlis graduasi, konvokesyen dan komensmen. Majlis ini menjadi penamat atau khatam bagi sesuatu sidang atau tempoh...
Bermatlamatkan menggalakkan pembudayaan dan perkongsian idea
Alhamdulillah, sesungguhnya rezeki Allah itu tidak pernah salah alamat. Ternyata segala perih jerih dan usaha yang disumbangkan selama 11 minggu hingga melayakkannya ke Pentas...
Keputusan Fatin Najihah Badarisam pernah 'diragui' sendiri oleh guru Matematik Tambahannya apabila mahu melanjutkan pelajaran dengan mengambil Diploma Sains Kuantitatif di...