> PAHANG > "Kawan tiada makanan, baginda berikan makanannya..."
"Kawan tiada makanan, baginda berikan makanannya..."
AIMAN SADIQ ABDULLAH Rabu | 30 Januari 2019

KUANTAN – Bekas guru kepada Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah berbangga dan tidak menyangka berpeluang melihat anak didiknya dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota sekali gus Pemangku Raja Pahang.

Kabtiah Zakariah, 65, berkata, beliau berpeluang mendidik Tengku Hassanal sewaktu baginda berusia tujuh dan lapan tahun di Sekolah Kebangsaan (SK) St. Thomas di sini.

Menurutnya, baginda merupakan seorang yang pemalu dan pendiam serta suka tersenyum di dalam kelas.

“Sikap baginda sangat bersopan santun dan menghormati orang tua. Saya masih ingat lagi baginda seorang yang pemalu tapi menunjukkan peningkatan prestasi yang baik setiap kali peperiksaan dan ujian.
“Dalam kelas baginda senyap sahaja dan suka berjalan melihat rakan-rakan tapi tidak banyak bercakap. Status sebagai seorang bangsawan tidak membatas baginda untuk bergaul dengan rakan-rakan malah sangat merendah diri.

“Baginda suka ke meja saya dan bertanya apa yang boleh baginda bantu. Selalunya baginda akan membawakan buku-buku saya ke bilik guru. Alhamdulillah, saya tidak menyangka dan sangat berbangga melihat bekas anak murid saya menjadi Pemangku Raja Pahang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini.

KABTIAH

Beliau sempat mengajar Tengku Hassanal selama dua tahun bagi subjek Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu termasuk mengajar baginda tuisyen dan kelas malam.

Subjek yang paling diminati baginda ketika itu katanya adalah Bahasa Inggeris dan baginda amat menumpukan perhatian ketika sesi pembelajaran.

Bercerita mengenai keperibadian Tengku Hassanal yang dapat dilihat guru tersebut, Kabtiah berkata, baginda sememangnya telah mempamerkan sikap kepimpinan dan keprihatinan sejak dari kecil.

“Ya saya lihat sendiri. Kawan tiada makanan, baginda berikan makanannya. Baginda ada keperibadian bangsawan tetapi mudah mesra. Sehingga kini, baginda masih berkenan berkunjung ke rumah saya,” katanya.

*Sumber artikel: Sinar Harian Rabu 30 Januari 2019

ARTIKEL BERKAITAN: Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera, Tengku Hassanal tak banyak ragam ketika bayi


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Pecinta alam berjaya menawan Gunung Yong Belar salah satu daripada 7 Gunung tertinggi di Semenanjung (G7) dengan ketinggian 2,181m yang mencabar mental fizikal, baru-baru...
KUNDASANG - Seramai 15 peserta terdiri daripada pelajar baharu, kakitangan, alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan rakan strategik universiti itu menyemarakkan sambutan Hari...
Melanjutkan pelajaran di luar negara merupakan salah satu peluang bermanfaatkan bagi seorang pelajar. Selain dapat memperoleh pelbagai ilmu antaranya mengenali sejarah tentang...
Berikut adalah biodata rasmi Sultan Pahang Sultan Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah yang dikeluarkan Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.
IPOH - Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah diputerakan pada 27 November 1956. Dalam hierarki Kesultanan Negeri Perak, Baginda...
KUANTAN - Kesungguhan kedua-dua ibu bapa Umi Zaidatul Azeera Mohd Nawi, 23, menyediakan pendidikan yang sempurna walaupun mereka sendiri tidak mempunyai pendidikan yang tinggi...