> > Serlah bakat seni mahasiswa UUM di rantau ASEAN
Serlah bakat seni mahasiswa UUM di rantau ASEAN
WARTAWAN KAMPUS UOLS Jumaat | 1 Februari 2019

Dalam usaha mengangkat martabat budaya dan meningkatkan kesedaran untuk memperkembangkan warisan budaya di rantau ASEAN, Pusat Budaya dan Seni (PBS) Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menyertai 1st Southern Thailand International Arts and Cultural Festival anjuran Rattaphum College Rajamangala University of Technology Srivijaya, Thailand (RMUTSV) pada 29 hingga 30 Januari lalu.

Program ini disertai oleh 15 buah universiti dari enam negara di bawah payung Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) yang menampilkan persembahan kebudayaan tradisional dan kreatif.

18 mahasiswa UUM serlah bakat di persada antarabangsa.

Pengarah PBS, Huzaidy Hussain berkata, penganjuran program seumpama ini menjadi platform terbaik kepada UUM untuk serlahkan bakat mahasiswa dalam bidang kebudayaan dan kesenian di persada antarabangsa.

“UUM sentiasa menyokong program seperti ini kerana ia dapat menyerap intipati warisan budaya, pengaruh dan pembangunannya dalam usaha untuk menggalakkan pemahaman yang lebih baik dan penghargaan kepada budaya sebagai suatu warisan dunia.

Kumpulan Combo UTAMA dan Bidasari meriahkan lagi 1st Southern Thailand International Arts and Cultural Festival.

“Festival ini turut menyediakan peluang kepada mahasiswa dan masyarakat terutama mengenai seni dan budaya negara di rantau ASEAN,” tambahnya.

Katanya lagi, ia memberi peluang kepada mahasiswa UUM untuk menunjukkan bakat mereka di samping dapat bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman dengan pelajar dari universiti lain.

Sementara itu, menurut Presiden Kelab Muzik, Mohamad Idhil Hashim, Kumpulan Combo UTAMA dan Kumpulan Tarian Bidasari terdiri daripada 18 pelajar mempersembahkan pelbagai jenis Tarian Asli dan kreatif yang merangkumi Zapin Pematah Hati, Dikir Rambong, Tarian Dikir Ria, Inang Capai dan Zapin Woye.

Persembahan kesenian medium terbaik membina semangat berpasukan, pemikiran kritis yang lebih matang.

“Untuk mencapai objektif festival, setiap kumpulan perlu mempersembahkan muzik dan tarian negara masing-masing. Setiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan selama 10 minit berasaskan budaya mereka sendiri.

“Saya yakin festival ini memberi peluang terbaik untuk mahasiswa UUM dalam mencari pengalaman, pengetahuan yang lebih mendalam dan Ini sekaligus dapat membina semangat berpasukan, pemikiran kritis yang lebih matang dalam mendepani cabaran dan saingan masa kini.

“Saya percaya dengan etika-etika yang diterapkan melalui aktiviti kesenian ini, para mahasiswa akan lebih berdisiplin,” katanya mengakhiri perbualan.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
UUM Cultural Festival (UCF) 2018 anjuran Pusat Budaya dan Seni (PBS) Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 21 hingga 26 September ini dilihat menjadi landasan terbaik bagi...
ALOR SETAR - Pusat Budaya dan Seni (PBS) Universiti Utara Malaysia (UUM) menyediakan platform untuk menyerlahkan bakat mahasiswa melalui Malam Refleksi Kontemporari Seni. Pengarah...
Ramaditya Desvanzialdy pelajar Ijazah Sarjana Muda Multimedia mewakili Pusat Budaya dan Seni (PBS) Universiti Utara Malaysia yang berjaya mengungguli gelaran Johan Bintang...
UUM Cultural Festival (UCF) 2018 anjuran Pusat Budaya dan Seni (PBS) Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berlangsung selama tujuh hari berakhir dengan meriah semalam. UCF adalah...
SINTOK - Seramai 2,000 penonton hadir membanjiri Konsert Ekspresi Muzika anjuran Pusat Budaya dan Seni (PBS) Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 4 Disember baru-baru ini bertempat...
Kelab Penyiaran Uniutama.FM Pusat Budaya dan Seni (PBS), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan program lawatan ke RTM Perlis untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa...