> PERAK > Jom derma darah
Jom derma darah

KUALA KANGSAR - Sebanyak 53 peket darah berjaya dikumpulkan dalam tempoh tiga jam dalam kempen derma darah anjuran Kolej Komuniti Chenderoh dengan kerjasama Hospital Taiping baru-baru ini.

Program itu dijalankan di Bangunan CH Kolej Komuniti Chenderoh melibatkan Jabatan Transfusi Hospital Taiping yang diketuai oleh Dr. Umi Kalsom Shafie.

Pegawai Pembangunan Pelajar Kolej Komuniti Chenderoh, Roslina Awang Nik berkata, pelajarnya tidak pernah jemu membantu pihak hospital untuk mendapatkan bekalan darah kerana setiap tahun program ini diadakan dengan kerjasama Hospital Taiping.

Pelajar bersama Dr. Umi Kalsom yang mengendalikan proses derma darah.

"Pelajar sentiasa diingatkan bahawa kepelbagaian budaya dan perbezaan sosial bukanlah menjadi satu faktor apabila berhadapan dengan kecemasan, terutamanya yang melibatkan rawatan perubatan.

"Oleh itu semua orang harus bersatu dalam menghulurkan bantuan tidak kira agama dan bangsa. Apa yang penting adalah semangat perpaduan dan tolong menolong antara satu sama lain harus diutamakan," katanya.

Dalam pada itu, pelajar Program Kulinari Kolej Komuniti Chenderoh, Muhammad Abdul Kadir Jailani Mohd Termizi, 20, berkata, tumpuan pelajar tidak hanya kepada pelajaran semata-mata selain belajar mereka juga mempunyai tanggungjawab sosial kepada masyarakat yang perlu ditunaikan seperti menderma darah bagi menyelamatkan nyawa orang lain.

Katanya, dia yang sudah enam kali menderma darah bermula sewaktu menjalani latihan di Kem PLKN selepas tamat belajar di peringkat sekolah menengah lagi.

"Permulaan menderma darah memang rasa sedikit gementar tetapi sekarang sudah menjadi perkara biasa lagipun doktor sentiasa bersama untuk mengawasi tahap kesihatan sebelum darah diambil malah akan berasa sihat dan ringan badan setiap kali menderma darah.

"Saya menyeru rakan kolej agar menyahut seruan kerajaan untuk membantu pihak hospital mengumpul bekalan darah," katanya.

Muhammad Abdul Kadir Jailani (kiri) dan Nurshafiqah.

Nada sama, Nurshafiqah Muhammad Khasdilah, 19, berkatam, dia terbuka hati untuk menderma darah buat pertama kali kerana ingin menyahut seruan kerajaan supaya rakyat membantu menderma darah bagi membantu pesakit yang memerlukan.

"Saya menyeru para remaja supaya jangan mementingkan diri sendiri sebaliknya sewaktu sihat ini datanglah membantu pihak hospital untuk mengumpul darah dan jadikan perkara ini sebagai rutin dalam kehidupan untuk membantu orang lain," katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
BERBEKALKAN semangat dan dorongan untuk memberikan bantuan apabila berpeluang telah mencetuskan idea kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cabang Universiti Teknologi Mara...
KUALA NERUS - Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menganjurkan Hari Terbuka PSNZ (POD 2018) bagi memberi peluang kepada semua warga UMT...
ASALNYA, penglibatan sejak sekolah di dalam aktiviti kesukarelawan persatuan pembimbing rakan sebaya hanya sekadar aktiviti untuk mengisi masa lapang di samping mengasah bakat...
SHAH ALAM - Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah menganjurkan sambutan Program Karnival Kesihatan UiTM 2018 berserta Pelancaran Kempen UiTM Ke Arah Kampus Bebas Asap...
Penduduk utara tanah air dijemput meriahkan Karnival Kebudayaan, Keseniaan dan Keusahawanan kali ke 12 di kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) mulai 22 hingga 27 Februari ini.
HASRAT warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) khususnya pelajar Kolej Kediaman Seroja untuk menyantuni golongan Orang Kurang Upaya (OKU) direalisasikan menerusi program #SIGNON...