> JOHOR > Geopark kebangsaan ketiga Malaysia di Mersing?
Geopark kebangsaan ketiga Malaysia di Mersing?
WARTAWAN SINAR HARIAN Khamis | 7 Februari 2019

MERSING - Daerah Mersing bakal menjadi destinasi pelancongan terkemuka negara melalui pengiktirafan sebagai tapak geopark kebangsaan.

Pengarah Pusat Geokejuruteraan Tropika (Geotropik) UTM, Prof Dr Edy Tonnizam Mohamad berkata, Mersing mempunyai warisan geodiversiti antarabangsa kerana ia tapak lingkaran gunung berapi kuno berusia 300 juta tahun lalu.

“Mersing juga daratan terawal muncul di Nusantara yang selanjutnya mencetus landskap daratan di rantau ini.

Oleh itu, berdasarkan ciri-ciri di atas, Mersing berpotensi tinggi menjadi geopark kebangsaan.

“Melalui inisiatif pembangunan geotapak secara tidak langsung memupuk semangat cintakan wilayah sendiri serta pembangunan sosio ekonomi geopelancongan,” katanya.

Katanya, geopelancongan merupakan produk baru berinovasi memperkenalkan landskap geologi kepada masyarakat berasaskan pelancongan ilmu dan rekreasi.

Prof Edy yang juga Pengerusi Jawatankuasa Saintifik dan Pemuliharaan Mersing Geopark bertanggungjawab dalam menyediakan dossier dan persediaan pencalonan Mersing Geopark sebagai Geopark Kebangsaan, penyelidikan geotapak, biotapak dan tapak budaya, pendidikan awam dan pembangunan geotrail.

Jawatankuasa ini terdiri daripada pakar dari Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Johor, Pusat Penyelidikan Langkawi, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Kumpulan Warisan Geologi Malaysia.

Mersing merupakan projek ketiga selepas kejayaan dua geopark kebangsaan iaitu Jerai, Kedah dan Lembah Kinta, Perak pada tahun 2017.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
BEKERJA sambil belajar atau sebaliknya, lumrah bagi kebanyakan pelajar di luar negara. Ia bukan sahaja bagi menambah biaya pengajian dan kehidupan di perantauan, tetapi juga untuk...
SEHINGGA kini, terdapat lima destinasi Tapak Warisan Dunia di Malaysia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)
SUNGAI PETANI - Pada 2 November 2018, delegasi Kelab Wartawan Universiti Utara Malaysia (UUM), dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia...
KOTA KINABALU - Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Seminar Keusahawanan, di sini, baru-baru ini sebagai pendedahan awal terhadap...
BANGKOK - Kontinjen Malaysia termasuk pasukan Politeknik Mersing bakal berentap di dua kejohanan iaitu Asean Jump Rope Bangkok dan Thailand Jump Rope Open 2018. Kejohanan yang...
MERSING - Hari ini telah berlangsungnya sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Johor Tahun 1440H/2018M di masjid Bandar Mersing.Berkenan berangkat ke majlis ini, YAM Tunku Idris...