> TERENGGANU > UMT, Sendai College meterai MoU perkasa kemajuan pengajaran dan pembelajaran
UMT, Sendai College meterai MoU perkasa kemajuan pengajaran dan pembelajaran
ROZITA ALIAS, UMT Khamis | 7 Februari 2019

KUALA NERUS - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bersama Sendai College, Jepun buat julung kalinya berkolaborasi dalam menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk kemajuan institusi pengajaran dan pembelajaran di antara kedua-dua Institusi tersebut.

Kerjasama ini bermula apabila dua pelajar UMT dari jurusan Sarjana Muda Sains (Sains Kimia) iaitu Foong Shin Ying dan Nur Zafirah Mohd Izham yang telah menjalani Latihan Industri (LI) di universiti berkenaan pada 2017, masing-masing di bawah pengawasan Profesor Dr. Tomoaki Endo-Sensei dan Dr. Hanis Mohd Yusoff.

Sepanjang latihan tersebut mereka turut didedahkan dengan kerja makmal, instrumen dan budaya kerja di institusi Jepun. Dr. Hanis melalui kajian doktornya di Tohoku Universiti, Sendai, Jepun turut mendapat bimbingan daripada Profesor Dr. Hiroshi Fukumura.
Dr. Nor Aieni menandatangani dokumen perjanjian bagi pihak UMT manakala Dr. Hiroshi bagi pihak Sendai College. (FOTO UMT)

Naib Canselor UMT, Profesor Datuk Dr. Nor Aieni Haji Mokhtar dalam ucapannya berkata, melalui kerjasama ini diharap pelbagai inisiatif dapat digerakkan dan memberi manfaat kepada pelajar.

Antaranya penyelidikan bersama, pendedahan dan amalan terbaik serta penggunaan instrumen yang tiada di institusi masing-masing.

“Kolaborasi ini turut memberi tumpuan kepada kerjasama dalam bidang Pengantarabangsaan, Sains Marin dan Alam Sekitar iaitu kerjasama di antara Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) dan Sendai College.
Dr. Nor Aieni dan Dr. Hiroshi bertukar dokumen perjanjian. (FOTO UMT)

"Program Pertukaran Siswa atau Program Sekolah Musim Panas pelajar UMT ke Sendai College terutama bagi pelajar tahun akhir turut direncanakan dalam memberi pendedahan dan pengalaman baharu kepada para pelajar," jelasnya.

Di samping itu, Dr. Nor Aieni berharap kerjasama ini diperluaskan lagi dalam bidang akademik lain dengan penglibatan Tohoku Universiti atau institusi berpotensi lain yang membawa kebaikan antara keduanya disamping tumpuan yang sama dalam memajukan bidang pendidikan.

Beliau turut mengharapkan perwakilan dan pensyarah dari Pusat Pengajian Sains Asas (PPSA) serta pasukan Penyelidikan Mircroplastic (MIRG) melakukan perbincangan lanjut yang boleh membawa kepada kerjasama dan seterusnya mendapatkan geran antarabangsa atau nasional dalam masa terdekat.

Bersama wakil UMT dan Sendai College, Jepun. (FOTO UMT)

Majlis menandatangani MoU ini menyaksikan Dr. Nor Aieni menandatangani dokumen perjanjian bagi pihak UMT manakala Pengerusi Sendai College, Dr. Hiroshi bagi pihak kolej tersebut yang diadakan pada 7 Februari lalu di UMT dan turut dihadiri wakil-wakil daripada Sendai College sertai pegawai-pegawai utama universiti.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA TERENGGANU - Jam menunjukkan 8.40 malam, suasana Pantai Chagar Hutang di Pulau Redang, Terengganu gelap gelita. Kelihatan dua ekor penyu Agar timbul di permukaan Laut China...
Hasil penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah berjaya menerima pengiktirafan
KUALA NERUS - Budu lazimnya dinikmati dalam bentuk sos, tetapi kini makanan tradisional masyarakat di Pantai Timur Semenanjung itu boleh didapati dalam bentuk serbuk. Budu serbuk...
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sekali lagi merapatkan jurang antara Universitas Teuku Umar (UTU) dan Universitas Malikussaleh (UNIMAL) apabila memeterai perjanjian...
UNIVERSITI Malaysia Pahang (UMP) dan Mercedes-Benz (Malaysia) Sdn. Bhd. memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi kerjasama industri, penyelidikan, pembangunan akademik dan...
KUALA LUMPUR - Satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan perasmian program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) antara Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur...