> AKTIVITI PENSYARAH > Bagaimana mendidik anak-anak generasi Alpha dalam dunia digital?
Bagaimana mendidik anak-anak generasi Alpha dalam dunia digital?
HABSAH ABDUL SHAER Jumaat | 8 Februari 2019

PORT DICKSON - “Pada zaman teknologi serba canggih ini, kita tidak boleh menyekat anak-anak generasi alpha daripada terjebak dalam dunia digital, tetapi bagaimana cara kita mengawal hati dan fikiran mereka agar tidak salah menggunakannya,” kata Tuan Haji Norazman Amat, Ketua Jabatan Pusat Kauseling dan Infrastruktur Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dalam Wacana Ilmiah yang telah diadakan di dewan Zaaba, Kolej Uniti baru-baru ini.

Beliau menjelaskan bahawa anak-anak generasi alpha adalah anak yang lahir pada tahun 2011 hingga 2020.

Peserta program bergambar kenangan.

“Ibu bapa perlu membentuk persekitaran yang baik dan sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dalam jiwa anak-anak agar tidak terus hanyut dengan gejala negatif yang disebabkan oleh teknologi,” tegasnya.

Tambah beliau lagi, sebagai ibu bapa dan pendidik, mereka perlu mencari ilmu-ilmu baru dalam mendidik anak-anak generasi alpha ini.

“Kita perlu ambil tahu persekitaran anak-anak, dengan siapa mereka berkawan, apa laman web yang mereka lawati dan kawal penggunaan gajet seharian.

“Buat peraturan, kalau berada di meja makan, tidak boleh bawa gajet, serah semua gajet kepada ibu ayah sebelum tidur dan pastikan kita menjadi kawan kepada anak-anak di semua laman sosial mereka,” tambahnya lagi.

Dekan Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Puan Hidayah menyampaikan cenderahati kepada penceramah.

Beliau mengakhiri ceramah dengan memberi saranan dan tip keibubapaan dan sebagai pendidik yang praktikal bagi mendekati genarasi digital.

*Penulis, Habsah Abdul Shaer merupakan Dekan fakulti Teknologi dan Kejuruteraan, Kolej Uniti.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
SUKAN catur di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) kini kian berkembang dan ramai bakat baharu pada setiap tahun terutamanya dalam kalangan pelajar. Pasukan catur Usim baru-baru...
KUALA TERENGGANU - Jam menunjukkan 8.40 malam, suasana Pantai Chagar Hutang di Pulau Redang, Terengganu gelap gelita. Kelihatan dua ekor penyu Agar timbul di permukaan Laut China...
ADIK-BERADIK merupakan insan yang paling terdekat jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain.
Syukor yang dikatakan Mowgli Malaysia, remaja dan pelajar SMK Padang Midin yang kini menjadi tumpuan ramai ekoran gambarnya bersama haiwan ternakan selepas memenangi anugerah...
APABILA disebut pendakwah, pastinya terlintas dalam fikiran kita susuk tubuh seorang ustaz atau ustazah yang mendapat tauliah mengajar agama.
Kebudayaan dan warisan tradisi Melayu boleh dikatakan semakin hilang dari dalam jiwa generasi muda masa kini. Kemunculan dan penerapan budaya luar dalam pelbagai aspek kehidupan,...