> PAHANG > 6 tahun dalam pondok… kemiskinan tak halang 3 dari 6 anaknya lanjut pengajian di IPTA
6 tahun dalam pondok… kemiskinan tak halang 3 dari 6 anaknya lanjut pengajian di IPTA
ROSILAWATI ROSEDI Jumaat | 8 Februari 2019

MARAN- “Rumah dulu tu, nak kata pondok pun bukan, nak kata rumah pun bukan tapi itu lah tempat kami anak beranak berlindung,” kata penoreh getah, Rosli [email protected], 50.

Rosli dan isterinya, Radzah Abdullah, 49, dari Kampung Kuala Wau, sekeluarga terpaksa berteduh daripada panas dan hujan di pondok itu sejak beberapa tahun lalu atas sebab-sebab tertentu.

Tanpa dinding yang sempurna, waktu malam antara detik sukar buat mereka sekeluarga.

“Itulah tempat kami sekeluarga berlindung. Nyamuk dan pelbagai gangguan sudah lali buat kami anak-beranak.

“Bukan saya tak nak sediakan rumah yang lebih selesa tapi ini saja kemampuan yang ada,” katanya yang mencari rezeki dengan kerja kampung seperti menoreh getah dan menangkap ikan.

Bagaimanapun, kesukaran yang dihadapi oleh pasangan itu tidak menghalang tiga daripada enam anak mereka melanjutkan pengajian di beberapa institusi pengajian tinggi awam.

Dua daripadanya iaitu Mohd Afiq Sarafudin, 24, kini melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Umi Hajar Mariam, 22, di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) manakala Mohd Amirudin, 22, di Politeknik Muar.

“Saya dan isteri selalu ingatkan anak-anak supaya belajar bersungguh-sungguh dan jangan jadikan kesempitan yang dihadapi sebagai penghalang untuk berjaya sekali gus dapat mengubah masa depan mereka nanti, “ katanya.

Ternyata episod duka enam tahun lalu yang ditempuhi oleh keluarga itu kini berakhir selepas menerima rumah baharu menerusi Projek Baiti Tabung Haji (TH) bersama Majlis Ugama Islam Adat Melayu Resam Pahang (Muip).

Rumah berkenaan siap dibina pada sambutan Aidiladha tahun lalu.

Rumah baharu yang menjadi syurga pasangan Rosli dan Radzah serta anak.

Rosli ditemui ketika majlis penyerahan kunci rumah secara rasmi oleh pihak terbabit baru-baru ini.

Rumah bernilai RM50,000 itu lengkap dengan dua bilik tidur dan dua bilik air yang dibina berhampiran pondok terbabit.

“Syukur dalam kegelapan, ada sinar di hujungnya, Alhamdulillah nasib kami anak-beranak mendapat perhatian.

“Terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu seperti Ketua Kampung, mantan Penghulu yang prihatin membantu kami dalam proses untuk mendapatkan bantuan ini selain TH dan Muip yang berbesar hati menyediakan rumah yang selesa untuk keluarga saya,”katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Menerusi perkongsian daripada Maizurah Ariff, antara jurufoto yang pernah merakam momen indah Syukor bersama kerbaunya, Maizurah memuat naik perkongsiannya di akaun Facebooknya...
Setiap mahasiswa pasti mempunyai halangan dan cabaran tersendiri sepanjang tempoh pengajian mereka. Namun, cabaran yang pernah dihadapi oleh Jibrail Rahmat Mohd. Hami ini pula...
Hari Konvokesyen adalah memori indah yang akan kita kenang sampai bila-bila. Ini adalah perkongsian nostalgia Hari Konvokesyen yang dikongsi Izzati Nazifa di facebook Universiti...
Perbezaan agama bukanlah halangan untuk memutuskan sesuatu hubungan lebih-lebih lagi ikatan kekeluargaan.
Ini adalah pengalaman saya mengambil Master di UIA, boleh jadi sama boleh jadi berlainan dengan Universiti lain. Kawan-kawan seperjuangan, kalau ada nasihat tambahan, komenlah ya!
Pasti seronok kan mempunyai pasangan kembar, iyelah kiranya sejak kecil dah ada kawan sebaya. Membesar bersama selain bersekolah di tempat yang sama tentunya membuatkan hubungan...