> ISU > Ramai bertanya, macamana dia 'bertukar' warna kulit bila dah kurus... ini penjelasannya yang memang masuk akal!
Ramai bertanya, macamana dia 'bertukar' warna kulit bila dah kurus... ini penjelasannya yang memang masuk akal!
WARTAWAN KAMPUS UOLS Jumaat | 8 Februari 2019

Ramai yang tertanya-tanya, adakah warna kulit wajah yang gelap dan kusam ketika bertubuh gempal boleh bertukar kepada putih, cerah dan mulus saat tubuh mulai menjadi kurus? Kisah Zulaikha Fallen terus jadi perhatian.

Sebelum ini tular kisah Zulaikha Fallen yang berjaya menurunkan berat badannya daripada 103kg kepada 45kg! Daripada paparan gambar wajahnya yang dimuat naik, jelas wajah Zulaikha semakin putih dan mulus, amat berbeza dengan keadaan sebelumnya. Dan... sudah tentu dia semakin cantik dengan berat badan yang ideal!

Netizen tertanya-tanya, bagaimana perubahan itu berlaku?

Lihat perubahan Zulaikha tahun demi tahun.

Perkongsian Zulaikha Fallen yang merupakan graduan IMI International Management Institute Switzerland dan pensyarah di SEGi University & College ini berjaya membuka mata semua. Ikuti perkongsiannya.

Obses nak putih.

Kalau diri sendiri tak boleh terima semulajadi kejadian diri, macam mane nak sayangkan diri?

Ramai yg berjaya turunkan berat badan akan ade perubahan kepada “warna” kulit. Why?

Takde istilah bertukar warna pun. Warna kulit tetap same dengan warna kulit kite dilahirkan.

Cumanya yg turun berat badan ni, majority die banyak makan makanan bernutrisi, air cukup, badan aktif, waktu tido perlu dijaga n stress level perlu dijaga.

Dengan faktor2 tu, automatik kulit kite akan makin sihat dan bersih (tak kusam).

Bukan bertukar kaler! Ingat, warna kulit tetap same sepertimana kite dilahirkan. Cuma kulit makin sihat dan bersih.

Media skrang banyak disogok dengan kulit putih saja yg cantik. Issue ni banyak buat wanita2 even remaja2 kita kurang keyakinan diri, insecure dan deaperate nak putih.

Rosak! Jangan obses dengan ape yg mengubah diri kite secara tak normal. Contoh dgn suntikan2 putih, minum ubat2 itu ini konon utk jadi putih.

End up, berisiko tinggi utk berpenyakit dan bukan utk jangka masa panjang.

Sampah! Semua tu sampah!

Pandang balik diri, sayangkan diri tu dengan jaga fizikal dan rohani diri. Bukan dengan rosakkan diri semata utk tunduk dengan sogokan media.

Kau rugi. Rugi mencari restu manusia.

Ramai yg pm tanye macam mana sy “bertukar” warna kulit.

Macam sy mention di atas,

- jaga pemakanan

- minum air cukup. Bukan byk! Tp cukup.

- jaga kualiti dan kuantiti tido.

- aktifkan diri

- kawal stress

- buang sifat2 negative, senyum selalu.

Insyaallah kulit bertambah sihat dan tak kusam.

Berbadan moks ni memang kulit kite agak kusam dan hitam bahagian2 leher disebabkan gula. Jadi, ubahlah diri kpd lebih baik.

Macam mana kita dilahirkan, itulah warna kulit kita. Be proud of that!

My dear ladies,

Confident and acceptance of self will always shine better than just a white skin.

Shine on babe!

==============

Starting weight : 103kg

Current weight: 44-46kg (maintain)

Aim muscle weight: 48-50kg

Height : 152cm

Duration : 1 year, 2 months

==============


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KISAH Mohd Alif Jasni, 30, ini boleh dikatakan satu di antara ribuan yang jarang-jarang ditemui. Menghidap penyakit Arnold Chiari Malformation iaitu kecacatan struktur di pangkal...
Syukor yang dikatakan Mowgli Malaysia, remaja dan pelajar SMK Padang Midin yang kini menjadi tumpuan ramai ekoran gambarnya bersama haiwan ternakan selepas memenangi anugerah...
KUALA NERUS - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Dive Heart Organisation Malaysia membuka lembaran baharu apabila berjaya...
Mempunyai kesedaran menjaga pemakanan amat penting dalam kalangan mahasiswa untuk memastikan tubuh badan sentiasa sihat dan terhindar daripada penyakit yang boleh mengganggu...
KUALA NERUS - Larian Warna (UMT Colour Run) 2018, kejohanan tahun keempat yang berlangsung di Kampus UMT dan kawasan sekitar Kampung Kubang Badak di sini menarik lebih 3000...
TANJUNG MALIM - Sekumpulan 36 peserta kursus yang sesat dan terperangkap ketika melakukan aktiviti merentas hutan di kawasan hutan bersempadanan antara Perak dan Selangor di sini...