> TERENGGANU > Ikan todak bawa tuah
Ikan todak bawa tuah
RAIHAM MOHD SANUSI Isnin | 11 Februari 2019

KEMAMAN - Ikan todak seberat 1.86 kilogram (kg) yang dinaikkan dua minit sebelum pertandingan berakhir membawa tuah kepada bapa dua anak apabila memperoleh habuan tunai sebanyak RM10,000.

Wang itu menjadi milik Ahmad Shukri Mohd Yusof, 34, sejurus diumumkan sebagai juara Cabaran Memancing Yang Berhormat Chukai (YBC) yang diadakan di Pantai Teluk Mak Nik di sini, semalam.

Pembantu operasi di Universiti Malaysia Pahang (UMP) itu mendaratkan ikan pada jam 12.58 tengah hari, dua minit sebelum wisel penamat dibunyikan.

Ahmad Shukri yang datang dari Pekan, Pahang berkata, habuan wang tunai lumayan itu ibarat rezeki saat akhir buatnya.

“Sebelum dapat ikan todak besar ini, saya dah dapat dua ekor ikan lain iaitu todak yang bersaiz lebih kecil dan ikan tuka.

“Tak sangka pula seekor lagi ikan todak makan umpan saya masa pertandingan dah nak habis,” katanya selepas menerima hadiah disampaikan ADUN Chukai, Hanafiah Mat.

Seramai 520 pemancing dari seluruh Malaysia menyertai cabaran memancing sempena Hari Terbuka Pas DUN Chukai itu.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Siapa sangka gadis 16 tahun muncul juara sekali gus membawa pulang wang tunai RM600, trofi serta sijil penyertaan dalam Sintok King Chef 2018 di Dataran Budaya, Universiti Utara...
KUALA NERUS - Penuntut Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Guangdong, China, Xu Yang, 19, muncul sebagai johan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala...
KOTA KINABALU - Meskipun baru berkhidmat di negeri di bawah bayu tiga bulan lalu telah membawa tuah kepada Mohd Rafee Mohamad, 30, apabila dinobatkan sebagai pemenang pidato...
KEJAYAAN menjual ikan laga pada harga tinggi di Singapura merubah hidup seorang graduan teknologi kejuruteraan pembuatan apabila kini sudah mempunyai sebuah kedai ikan hiasan dan...
Alhamdulillah, sesungguhnya rezeki Allah itu tidak pernah salah alamat. Ternyata segala perih jerih dan usaha yang disumbangkan selama 11 minggu hingga melayakkannya ke Pentas...
BATU PAHAT - Hanya linangan air mata mampu dizahirkan sepasang suami isteri tatkala menerima ijazah milik Allahyarham anak mereka sempena istiadat konvokesyen di Universiti Tun...