> > Pusat Alumni & Kerjaya USIM kumpulkan alumni untuk beri sumbangsaran
Pusat Alumni & Kerjaya USIM kumpulkan alumni untuk beri sumbangsaran
MOHD ZAINI OTHMAN Isnin | 11 Februari 2019

NILAI - Pusat Alumni dan Kerjaya, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan program Sumbang Saran Alumni USIM bertempat di Galeri Bangunan Hal Ehwal Pelajar USIM. Program tersebut disertai kira-kira 40 alumni USIM yang menceburi pelbagai bidang kerjaya berkampung selama sehari untuk berkongsi idea dan cadangan bagi merencana hala tuju alumni USIM.

Sehingga Majlis Konvokesyen USIM pada tahun lalu, USIM kini mempunyai seramai 20,056 alumni di dalam dan luar negara.

Pusat Alumni dan Kerjaya menganjurkan sesi sumbang saran ini atas objektif untuk mengumpulkan alumni-alumni yang berada di seluruh pelosok tanah air untuk bersama-sama membantu memberikan input, cadangan, idea, komen dan sebagainya bagi membantu pengurusan Pusat Alumni dan Kerjaya.

Alumni serius membincangkan hala tuju alumni.

Menurut Pengarah Pusat Alumni dan Kerjaya, Mohd Asri Husain, bengkel ini juga menjadi platform untuk Pengurusan Universiti dapat berjumpa dengan alumni universiti agar wujudnya hubungan muhibah antara kedua belah pihak.

"Ia juga dapat membantu kita untuk mengemaskini rekod dan dokumentasi alumni USIM agar maklumat alumni ini akan dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama dalam pelbagai perkara," ujarnya.

Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad berkongsi aspirasi beliau dengan alumni yang hadir.

Pada bengkel ini, para alumni turut diagihkan dalam beberapa kumpulan khas perbincangan untuk memberikan input-input kepada Pusat Alumni dan Kerjaya. Topik yang dipilih dan dibentangkan ialah Penjenamaan alumni; pakej kesejahteraan alumni; pangkalan data dan portal alumni; dan keusahawanan dan industri alumni.

Topik lain yang dibincangkan juga ialah penjanaan dan tabung alumni; dan projek khas alumni. Alumni yang hadir turut berpeluang mendengar ucaptama daripada mantan Naib Canselor pertama USIM, Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Abdul Shukor Hj Husin. Turut berkongsi harapan dengan alumni yang hadir adalah Naib Canselor semasa, Profesor Datuk Dr. Musa Ahmad.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan Bengkel Onboarding Pelan Strategik USIM bagi tahun 2019 bertempat di Galeri Canselori...
Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan menganjurkan Hari Induk Konvensyen Keusahawanan Islam kali ke-14 (iCEPS14). Program ini akan berlangsung...
SEREMBAN - Penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1440H/2018M, Prof Datuk Dr Siddiq Fadzil dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia...
Personaliti IKON kali ini bukan calang-calang orangnya. Mula melibatkan diri dalam bidang pengucapan awam sejak dari sekolah menengah lagi dengan menyertai bahas ala Parlimen,...
Fenomena TikTok pada masa kini kian menular dan meningkat apabila ianya turut dipopularkan oleh artis tempatan. Kita sedia maklum bahawa aplikasi Tik Tok ini berasal dari negara...
Pemilihan kerjaya merupakan satu proses berterusan bermula dari persepsi kanak-kanak terhadap dunia pekerjaan dan kemudiannya berkembang hingga ke peringkat remaja dan awal dewasa....