> PERAK > Staf UPSI timba pengalaman di AJL 33
Staf UPSI timba pengalaman di AJL 33
WARTAWAN KAMPUSUOLS Rabu | 13 Februari 2019

TANJUNG MALIM - Kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berpeluang mengutip pengalaman semasa persiapan dan perjalanan menguruskan sebuah majlis anugerah berprestij, Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) yang berlangsung di Axiata Arena Stadium, Bukit Jalil baru-baru ini.

Staf UPSI menimba pengalaman di AJL 33.
Pengarah Pusat Kebudayaan, Nurfaizal Fariz Sahdan berkata, peluang itu diberikan oleh Syarikat MJ Event Management Sdn. Bhd. selaku syarikat yang menyediakan sistem lampu, audio dan diod pemancar cahaya (LED) untuk majlis tersebut berikutan kerjasama yang terjalin antara keduanya.

“ Ini adalah kali kedua Syarikat MJ Event Management memberikan peluang dan kerjasama dengan UPSI untuk terlibat dalam majlis yang gah demi untuk meningkatkan kemahiran teknikal kakitangan kami dalam penganjuran sesebuah majlis berskala besar,” katanya.

Staf UPSI timba pengalaman di AJL 33.

Menurut beliau, Pusat Kebudayaan komited dalam menyokong UPSI menjadi universiti nombor 1 pendidikan dan menjadi peneraju kepakaran dalam bidang sistem siaraya, lampu persembahan dan pengurusan acara sama ada di kampus mahupun di luar.

“Justeru, penglibatan dalam acara sebegini dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kakitangan Pusat Kebudayaan dalam memastikan majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak UPSI pada masa-masa akan datang lebih teratur dan berjaya, sekaligus menjadi penanda aras kepada UPSI dalam penganjuran sesuatu majlis.

“Pusat Kebudayaan UPSI turut mempunyai rangkaian kerjasama dan mendapat khidmat nasihat dari beberapa syarikat perkhidmatan sistem audio, lampu persembahan dan pengurusan acara yang ternama di Malaysia seperti Mubari Group of Companies, Acoustic & Lighting System, System Electronic & Engineering Sdn. Bhd., dan Istana Budaya,” katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA LUMPUR - UPSI Holding Sdn Bhd (USHB), anak syarikat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan melancarkan pembukaan Pusat Latihan Hospitaliti atau Scholar’s Suites di...
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditubuhkan pada 1 Mei 1997 di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan...
ARAU - Buat julung kalinya dalam sejarah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berjaya merangkul lima anugerah utama dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2017 yang...
TANJUNG MALIM - Di sebalik kesibukan sebagai tenaga pengajar serta perlu mengurus empat anak bukanlah penghalang buat pasangan suami isteri Mohd Nizam Diran dan Siti Haslina Taslin...
Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki , Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) mengambil inisiatif untuk melaksanakan program Misi Kesukarelawanan dan Intervensi Alam Sekitar...
Sebagai ikon institusi pengajian tinggi yang menghasilkan ribuan graduan berkualiti dalam bidang perguruan di negara ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terus berusaha...