> TIP SIHAT > Kerap swafoto boleh turun berat badan? Wanita ini buktikan, 103 kg ke 44 kg! Lihat foto terkininya pasti tak percaya
Kerap swafoto boleh turun berat badan? Wanita ini buktikan, 103 kg ke 44 kg! Lihat foto terkininya pasti tak percaya
WARTAWAN KAMPUS UOLS Khamis | 14 Februari 2019

Bayangkan, beratnya sebelum ini mencecah 103 kg tetapi dia berjaya menurunkannya sehingga hanya 44 kg dalam masa satu tahun dua bulan. Memang super wow, kan?

Pemilik akaun facebook, Zulaikha Fallen ternyata menjadi sumber inspirasi ramai apabila kisahnya yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 59 kg menjadi bualan ramai.

Bagaimana dia melakukannya?

Zulaikha Fallen yang merupakan merupakan graduan IMI International Management Institute Switzerland dan pensyarah di SEGi University & College ini berkongsi kisahnya.

Moga menjadi panduan buat semua yang ingin menurunkan berat dan tentunya cantik seperti Zulaikha!

Dulu pun selfie jugak..

“Aku gemuk, malas la bergambar” Dalam proses penurunan, wanita ini sarankan agar ambil gambar sebanyak mungkin.

Untuk apa? Tujuannya untuk anda tengok kemajuan diri. “Selain dari tengok penurunan mesin penimbang / ukur lilit badan, lebih jelas lagi kalai kita tengok perbandingan gambar.”

“Silap saya dulu, saya jarang ambil gambar atau bergambar. Semua itu atas sebab low esteem. Jadi rasa rugi pula saya tak banyak gambar progress dari satu tahap ke satu tahap.”

Akuinya, ketika dirinya rasa nak give up, dia akan tenung semula gambar-gambar yang ada. Motivasi mula disuntik “Dah usaha, takkan nak separuh jalan.”

Satu lagi, gambar itulah motivasi untuk diri.

“Takkan lah aku nak biar diri tak terurus gini selamanya.”

“Takkan ini je aku boleh capai”

“Orang lain boleh, takkan aku tak boleh?”

“Mungkin aku yang banyak beralasan?”

Zulaikha juga tak menjadikan pujian untuk membuatkan dirinya lupa diri. “Jangan sampai kita kembali ke comfort zone atau zon selesa.”

Perubahan demi perubahan yang Zulaikha alami.

Cabar Diri, Buka Potensi Diri

Memang Zulaikh seorang yang tidak mudah putus asa atau kecewa. Malah dia begitu bersemangat untuk merealisasikan sasaran dan keinginannya walaupun bukan mudah pada awalnya. Kuncinya, jangan beralasan dan selalu ingatkan diri.

“Ingat, diri sendiri yang limitkan potensi tu. Jangan senang-senang nak tuding jari ke orang lain.”

“Awak, cukup-cukup beralasan. Cukup-cukup mengeluh acah menyedap diri.”

Alasan-alasan Yang Biasa Kita Guna

– Mak masak sedap

– Busy study / kerja

– Biase la dah beranak ramai ni

– Suka makan

– Kenduri banyak

– Saya masak so saya makan

Banyak lagi alasan-alasan menyalahkan individu lain. Padahal dengan apa situasi sekali pun, cara pemilihan pemakanan, kuantiti pemakanan kita tetap boleh kawal.

Still, kita masih nak salahkan situasi luar dan orang lain.

Perubahan pada diri Zulaikha memberikan inspirasi pada semua.

Sebab Itulah

Belajar untuk sabar, urus diri, tenang dan fikir balik tindakan kita. Hal ni slow-slow kita develop dalam diri.

Macam post saya yang lain, sifat-sifat ini kita develop dalam proses penurunan berat badan kita, automatik kita apply dalam semua aspek hidup kita.

Secara istiqomah, InsyaAllah hidup kita lebih positif dan terurus.

Sebab itu penurunan berat badan ini satu perjalanan kita berlawan dengan diri. Bukannya perlumbaan.

Perjalanan yang mengubah diri sendiri kepada lebih positif.

Zulaikha Fallen (selepas) dengan memiliki berat hanya 44 kg. Super wow!

Ramai Yang Cakap

“Kurus tapi berlagak! Kerek!”

Awak.. itu sikap.

Bukan sejenis formula yang (kurus = berlagak), (gemuk = friendly).

Sudah la awak. Sudah-sudah mencari alasan menyedap diri untuk terus merosakkan diri dan kesihatan.

My dear, it takes time. Believe in yourself. Love yourself. You are worth it

Kronologi Zulaikha sepanjang tempoh penurunan beratnya selama setahun 2 bulan.

====================

Starting weight : 103kg

Current weight: 44-46kg (maintain)

Aim muscle weight: 48-50kg

Height : 152cm

Duration : 1 year, 2 months

==================


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
KUALA NERUS - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Dive Heart Organisation Malaysia membuka lembaran baharu apabila berjaya...
Ramai yang tertanya-tanya, adakah warna kulit wajah yang gelap dan kusam ketika bertubuh gempal boleh bertukar kepada putih, cerah dan mulus saat tubuh mulai menjadi kurus? Kisah...
Lumrah semua graduan sebaik sahaja menamatkan pengajian, pasti ingin mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan bidang kursus yang diambil. Namun, bagi Muhammad Hanif Mat Zin,...
BUKAN mudah bergelar anak kepada seorang selebriti, lebih-lebih lagi artis seperti Didie Alias yang memang cukup sinonim bukan sahaja pada komedinya tetapi juga keberaniannya...
Anda mungkin menyangka bahawa mengambil banyak swafoto (selfie) hanyalah satu cara untuk berkongsi, tetapi satu kajian baru mendakwa bahawa anda mungkin menuju ke arah narsisme!
Sungguhpun menghadapi kesukaran untuk bergerak, seorang penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi telah berjaya mendapatkan skrol Ijazah Sarjana Mudanya dan kini sedang...