> EVENT > Program Komuniti bersama Warga Felda anjuran UniSZA berlangsung Februari ini
Program Komuniti bersama Warga Felda anjuran UniSZA berlangsung Februari ini
WARTAWAN KAMPUS UOLS Khamis | 14 Februari 2019

Program komuniti bersama warga Felda Chalok Barat bakal diadakan pada 15-16 Februari 2019 ini melibatkan semua lapisan masyarakat tidak kira tua dan muda.

Bertempat di Dewan Terbuka Felda Chalok Barat, Setiu, program ini juga bertujuan untuk membuka lagi mata masyarakat terhadap isu kesihatan terutamakan penyakit-penyakit yang tidak berjangkit dan langkah-langkah pencegahannya.

Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan seperti pameran kesihatan, sukan rakyat, aerobik, pemeriksaan kesihatan dan pelbagai lagi.

Semua aktiviti yang dianjurkan adalah secara percuma dan pelbagai hadiah menarik disediakan.

Di samping itu juga, program ini bertujuan untuk menjalinkan dan mengukuhkan ukhuwah antara pelajar fisioterapi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan masyarakat melalui program anak angkat bersama komuniti di Felda Chalok Barat.

Program komuniti ini memberi manfaat kepada pelajar untuk berinteraksi dan mengendalikan program kesihatan yang melibatkan orang-orang tua terutamanya.

Semua dijemput hadir beramai-ramai untuk memeriahkan program ini.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Slogan ‘Yang tua dihormati, yang muda disayangi’ wajar diterapkan dalam diri masyarakat terutama golongan anak muda.
KUALA NERUS – Kira-kira 350 peserta dan lebih dari 50 orang sukarelawan telah menyatakan sokongan kepada pesakit kanser dengan menyertai program walkathon anjuran Kelab Sokongan...
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan menggunakan pendekatan bottom up untuk mendengar suara semua pemegang berkepentingan (stakeholders) bagi mencapai matlamat meningkatkan sistem...
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bakal menerima seramai 2093 orang pelajar baharu pada kemasukan sesi Februari 2019 yang akan mengikuti pengajian peringkat sarjana muda,...
Politeknik Kota Kinabalu (PKK) mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi penyertaan paling ramai bagi Kursus Asas Kejuruteraan Dandang (Boiler) yang...
TANJUNG MALIM - Orang ramai dijemput menyertai Jelajah UCTC 'Karnival Jom Cemerlang Bersama Upsi' yang dijalankan di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi dan Sekolah Menengah...