> > Permohonan Matrikulasi KPM SESI 2019/2020 dibuka 25 Feb
Permohonan Matrikulasi KPM SESI 2019/2020 dibuka 25 Feb
BERNAMA Sabtu | 16 Februari 2019

PUTRAJAYA - Permohonan bagi mengikuti Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan (KPM) sesi 2019/2020 akan dibuka mulai 25 Feb hingga 2 April ini.

Menurut kenyataan KPM, permohonan ini hanya dibuka kepada pelajar yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018.

Sehubungan itu, pemohon boleh membeli Nombor Pengenalan Individu (NPI) lima digit di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berharga RM10 dengan menggunakan nombor kad pengenalan atau dokumen pengenalan yang digunakan untuk mendaftar masuk peperiksaan SPM tahun 2018.

"Keputusan ke Program Matrikulasi KPM akan dikeluarkan melalui laman sesawang berkenaan.

"Pelajar atau pemohon tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM ke Bahagian Matrikulasi KPM kerana keputusan SPM calon yang berjaya akan diperoleh terus daripada Lembaga Peperiksaan, KPM sejurus selepas keputusan SPM diumumkan secara rasmi,” kata kenyataan itu.

Pelajar yang ditawarkan ke Program Matrikulasi KPM perlu mencetak sendiri surat tawaran kerana tawaran akan dikeluarkan secara dalam talian sepenuhnya. -- Bernama


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...