> EVENT > Cabaran KLD Tunas Samudera tingkatkan tahap kepimpinan mahasiswa UiTM Seri Iskandar
Cabaran KLD Tunas Samudera tingkatkan tahap kepimpinan mahasiswa UiTM Seri Iskandar

Seramai 24 Komander Kesatria dengan kerjasama Unit Kokurikulum Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Seri Iskandar berpeluang untuk menjalani latihan di Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera dari Lumut ke Langkawi dan kembali di Lumut.

Penasihat Program, Normahanim Mohd Nor berkata, UiTM Cawangan Perak merupakan kampus pertamayang melaksanakan latihan terbuka menerusi Program Cabaran KLD Tunas Samudera.

Salah seorang peserta tidak gentar melakukan latihan di KLD Tunas Samudera

Katanya, menerusi latihan itu juga dapat meningkatkan tahap kepimpinan dalam pelbagai bidang dengan pemikiran yang kritis.

Selain itu, menurutnya, ia juga dapat mewujudkan budaya tolong menolong dan saling bertukar pendapat tidak mengira pangkat atau jawatan.

"Malah ia juga memberikan kesedaran kepada mahasiswa bahawa tanggungjawab menyelamat adalah tanggungjawab bersama di sampung mendedahkan ilmu kaji cuaca dan navigasi di laut kepada mereka.

"Kita juga mahu meningkatkan keyakinan diri peserta untuk sentiasa bersedia dalam usaha mencari dan menyelamat di dalam dunia sebenar," katanya.

Seramai 24 Komander Kesatria UiTM Cawangan Seri Iskandar merakam kenangan selepas selesai menjalani latihan di KLD Tunas Samudera.

Normahanim menambah, program Cabaran KLD Tunas Samudera merupakan satu program yang banyak memberi pengalaman, input dan pengajaran kepada para peserta.

Katanya, program ini telah banyak mendidik para peserta untuk berfikiran positif, berani menghadapi cabaran, tidak mudah menyerah kalah dan sentiasa bekerjasama dalam satu pasukan.

Sebahagian mahasiswa UiTM Cawangan Seri Iskandar melakukan kerja-kerja di KLD Tunas Samudera bersama-sama.

Menurutnya, ia juga telah menjadikan platform buat para peserta menilai tahap keyakinan berada di tempat yang tinggi serta berpeluang untuk menilai diri sendiri untuk berusaha dalam mengatasi segala kelemahan diri agar dapat memberi persaingan yang sihat antara peserta-peserta yang lain di samping menjadi seorang bakal pemimpin atau pendidik yang berkualiti.

"Program ini secara tidak langsungnya selari dengan falsafah UiTM yang mana setiap individu mampu mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni agar menjadi graduan profesional yang berupaya mengembangkan ilmu dan membangunkan diri, masyarakat dan negara," katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...