> AKTIVITI SENI > Tak sangka 'budak sains' UMT berjaya pukau lebih 1,500 di pentas teater...
Tak sangka 'budak sains' UMT berjaya pukau lebih 1,500 di pentas teater...
AMIRUL SALAM, UMT Ahad | 24 Februari 2019

UNIVERSITI Malaysia Terengganu (UMT) menyatakan komitmen mempersiapkan pelajarnya dalam usaha melahirkan graduan cemerlang secara holistik melalui penganjuran program kesenian melalui Pementasan Teater Ragam.

Program anjuran Pusat Kebudayaan dan Kesenian UMT itu bertujuan mencungkil bakat pelajar dalam bidang seni melalui persembahan menghiburkan oleh lebih 40 pelajar.

Persembahan daripada artis budaya UMT.
Walaupun pelajar-pelajar UMT terdiri daripada aliran sains, namun hasil tunjuk ajar dan bimbingan dari Artis Budaya UMT, Mohamed Azman [email protected] membuatkan pelajar-pelajar tidak kekok mempamerkan keserasian yang memukau lebih 1,500 penonton menyaksikan persembahan yang padat dengan mesej tersirat.
Antara babak menarik dilakonkan pelajar UMT.

Menurutnya, Pusat Kesenian dan Kebudayaan UMT berjaya menampilkan generasi pelapis yang berbakat dan akan terus menyokong aktiviti untuk memartabatkan seni budaya melalui program itu.

“Malaysia mempunyai budaya dan tradisi tersendiri dan saya yakin melalui penganjuran teater kali ini dapat memupuk minat pelajar terhadap seni dan budaya agar diwarisi oleh generasi akan datang.

Persembahan pelajar dari persatuan seni silat.
“Pada akhir program ini, diharap setiap bakat yang digilap melalui program ini mampu memberi nilai tambah kepada pelajar selain cemerlang dalam pencapaian akademik," katanya.
Pelajar-pelajar yang mengadakan persembahan.

Peserta pementasan festival ini adalah pelajar yang terdiri dari beberapa persatuan seperti Persadatari, Kelab Gemersik, Persatuan Seni Silat dan persembahan artis jemputan dalaman UMT.

Turut hadir menyaksikan persembahan teater itu ialah Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar bagi menyatakan sokongan kepada perkembangan aktiviti pelajar.

Dr Nor Aieni menyampaikan cenderamata kepada pelajar terlibat.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...