> PERAK > A. Samad Said dilantik Sasterawan UPSI, wujudkan integrasi dan sinergi antara sasterawan negara dengan ahli akademik
A. Samad Said dilantik Sasterawan UPSI, wujudkan integrasi dan sinergi antara sasterawan negara dengan ahli akademik
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT UPSI Khamis | 28 Februari 2019

TANJUNG MALIM - Sasterawan Negara, Datuk Seri (Dr.) A. Samad Said dilantik sebagai Sasterawan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang pertama untuk tempoh dua tahun bermula Februari 2019 hingga Februari 2021.

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, perlantikan tersebut adalah berdasarkan Program penempatan Sasterawan Negara di universiti awam ‘Sasterawan -D-Universiti’ yang dicetuskan oleh Menteri Pendidikan, Dr. Mazlee Malik bagi mentransformasikan pendidikan negara.

“Program ini bertujuan menyemarakkan nilai kesusasteraan setiap warga universiti tanpa mengira latar belakang ke tahap tertinggi dengan memperkasa STREAM (Science, Teknology, Reading, Engineering, Arts and Maths), mengiktiraf penglibatan sasterawan negara di peringkat kementerian sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara; mewujudkan integrasi dan sinergi antara para sasterawan negara dengan ahli akademik dalam aspek pengajaran dan penyelidikan dan menjadi ikon kepada pelajar dengan mencurahkan ilmu, perkongsian pengalaman, khidmat nasihat dan pandangan mereka supaya pelajar berfikiran kreatif dan inovatif.

“Penglibatan para sasterawan negara dalam program ini diharap dapat memberikan sumbangan yang berterusan dalam dunia akademia menerusi ilmu yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat sekaligus melengkapkan hasrat Kementerian Pendidikan untuk membina masyarakat yang mempunyai nilai kemanusiaan, kasih sayang, kebahagiaan dan hormat menghormati seterusnya membentuk peradaban bangsa yang jitu, katanya.

Dr. Mohammad Shatar berkata, dari segi pelaksanaan program, pihak universiti akan mengadakan perbincangan bersama sasterawan bagi merancang kaedah pelaksanaan program yang sesuai bagi kedua-dua pihak untuk mencapai objektif program dan mendatangkan manfaat kepada warga universiti/warga Kementerian Pendidikan.

Datuk Seri (Dr.) A. Samad Said atau nama sebenarnya Abdul Samad Muhammad Said merupakan seorang sasterawan tanah air yang banyak terlibat dalam bidang penulisan kreatif.

Beliau dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka dan menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura dari tahun 1940-1946 seterusnya melanjutkan pelajaran di Victoria Institution sehingga memperolehi sijil Senior Cambridge pada tahun 1956.

Antara karya besar yang dihasilkan ialah Salina, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Hujan Pagi, Lantai T.Pinkie, Benih Semalu, Benih Harapan, Warkah Eropah, , Rindu Ibu dan lain-lain lagi.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...