> Ketahui cara mengawal emosi amarah…no 4 tu Insya-ALLAH paling mujarab!
Ketahui cara mengawal emosi amarah…no 4 tu Insya-ALLAH paling mujarab!
ROZER MASUDIN Jumaat | 1 Mac 2019

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya. Demikian perumpamaan yang berpesan supaya kita berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata terutamanya apabila sedang marah. Apabila marah, biasanya kita akan hilang pertimbangan dan mengeluarkan kata-kata di luar dari ruang waras pemikiran seseorang manusia.

Sebagai mahasiswa, kemarahan semasa menjalani tanggungjawab pelajar juga tidak terlepas daripada fenomena ini. Banyak alasan yang boleh membuat anda kehilangan kawalan terhadap emosi dan ‘meledak’ di bilik kuliah. Tekanan tugasan daripada pensyarah, tekanan berpanjangan, dan rakan sekelas yang tidak memberi kerjasama adalah antara faktor memacu ke arah kemarahan anda.

Antara simptom ketika anda marah adalah degup jantung meningkat naik, wajah terasa panas dan rahang menjadi tegang. Ada di antara kita yang melampiaskan kemarahan dengan memukul meja, menendang pintu, dan ada juga menghantar ‘angry whatsapp’ dengan cara menyindir bahkan boleh menyebabkan ketegangan sesama rakan.

Amarah yang timbul sepatutnya boleh dikawal, apatah lagi bila ia berlaku dalam lingkungan rakan sekelas. Selain timbulnya masalah baru, marah juga boleh menimbulkan tekanan yang seterusnya akan menyebabkan kurangnya prestasi dan produktiviti anda sebagai seorang pelajar. Ikuti langkah ini bagi mengawal amarah anda:

1.Antara cara mengelola kemarahan anda adalah dengan mengamalkan teknik pernafasan yang betul iaitu ketika anda merasa marah, jangan turuti kata hati atau bersifat defensif terhadap pemicu kemarahan.

2.Cubalah untuk berdiam diri dan menarik nafas perlahan-lahan kerana dengan cara ini akan menenangkan diri dan fikiran selain masalah tersebut dapat anda fikirkan penyelesaiannya.

3.Selain itu, cuba untuk membayangkan tempat-tempat yang cukup indah dan tenang kerana dengan cara ini akan memberikan suatu terapi yang cukup menenangkan.

4.Islam juga menekankan supaya kita mengambil wuduk dan bersembahyang untuk meredakan kemarahan.

5.Dengan bertanya kepada diri sendiri mengenai apa yang berlaku juga merupakan cara terbaik untuk menangani marah iaitu anda mungkin menyedari di mana silapnya dengan apa yang telah berlaku, selain menyedarkan diri kita.

6.Seterusnya, bayangkan jika anda yang berada di posisi yang telah membuat anda marah, di mana dengan cara ini, anda mungkin tidak terlalu marah dan melupakan sahaja apa yang telah berlaku.

7.Dari segi kesannya, anda harus pertimbangkan apa yang mungkin terjadi kepada anda setelah kemarahan tersebut dilepaskan, yang mungkin menggugat kredibiliti dan posisi anda sebagai seorang pelajar yang ingin menamatkan pengajian dengan cemerlang.

Tepuk dada, tanyalah diri anda!


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...