> Komitmen RIMC UUM Membudayakan Amalan 5S
Komitmen RIMC UUM Membudayakan Amalan 5S

SINTOK - Hari Inovasi dan Majlis Penganugerahan Universiti (HIMPU) 2019 telah menjadi suntikan semangat kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC), Universiti Utara Malaysia (UUM) apabila RIMC berjaya merangkul Anugerah Johan Amalan 5S/QE 2018 peringkat Universiti bagi Kategori Jabatan B.

Dalam majlis itu, RIMC yang diwakili oleh Pengarahnya, Prof. Dr. Nor Aziah Abd Manaf telah menerima replika cek sebanyak RM1,500.00 dan sijil penghargaan daripada Pro-Canselor UUM, Tun Dato’ Sri (Dr.) Ahmad Fairuz Dato’ Sheikh Abdul Halim.

Dr. Mohd. Faizal (empat dari kiri) dan Puan Rafiza Ashaari (tiga dari kanan) bergambar kenangan bersama Pengarah dan staf RIMC setelah majlis selesai .

Menurut Prof. Dr. Nor Aziah, pengiktirafan ini merupakan hasil komitmen warga RIMC kepada organisasi dan amalan 5S akan dijadikan satu keutamaan dan terus dilaksanakan di RIMC tanpa mengira masa dan waktu.

“Natijahnya, apabila kita mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan selesa, pastinya prestasi warga RIMC akan meningkat dari segi kualiti dan kuantiti seterusnya dapat menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

“Pada tahun lepas RIMC telah berjaya mendapat tempat Naib Johan Amalan 5S/QE 2017. Anugerah kali ini adalah satu peningkatan dan pengiktirafan yang amat memberangsangkan kepada RIMC”, ujarnya lagi.

Pengerusi 5S tahun 2018, Puan Munirah Mat Din mengulas bahawa kejayaan ini adalah hasil kerja berpasukan daripada semua warga RIMC.

Meraikan kemenangan bersama staf RIMC.

“Tahniah kepada semua warga RIMC kerana membudayakan amalan 5S”, tambahnya.

Turut mendapat pengiktirafan di majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah (Tugas-tugas Khas), Dr. Mohd Faizal Omar yang menerima Anugerah Penjawat Cemerlang, dan tiga orang staf RIMC iaitu Puan Aini Bahrum, Puan Sofiah Mohamed dan Puan Rafiza Ashaari, masing-masing menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...