> > Laluan khas untuk 4 golongan ke UA: Johor sambut baik langkah KPM
Laluan khas untuk 4 golongan ke UA: Johor sambut baik langkah KPM
MOHAMAD NORZAHARUDDIN KASIMON Selasa | 5 Mac 2019

BATU PAHAT - Kerajaan Johor menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan memberi laluan khas kepada atlet, OKU, orang asli dan mereka yang berpendapatan rendah melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA).

Exco Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, beliau berharap atlet di negeri ini dapat memanfaatkan peluang tersebut sebaik mungkin.

“Dalam masa terdekat saya akan bincang dengan dua universiti awam di negeri ini iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

“Perbincangan bagi membolehkan atlet melanjutkan pengajian dalam bidang sains sukan atau kursus bersesuaian,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Semerah berkata kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Padang Sari, semalam.

Turut hadir, Pegawai Seranta Yayasan Pelajaran Mara (YPM) Johor yang juga Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sri Padang Sari, Mohd Yusof Ahmad.

Menurutnya, selain UTM dan UTHM, beliau juga akan mengadakan kerjasama dengan Yayasan Pendidikan Johor (YPJ) bagi melahirkan atlet yang mempunyai ilmu, sebagaimana yang diamalkan di negara maju.

“Sebenarnya, apa yang diumumkan Kementerian Pendidikan merupakan khabar baik kepada atlet dan saya harap inisiatif ini menarik lebih ramai pelajar sekolah untuk cenderung menjadi ahli sukan atau atlet.

“Keadaan sekarang telah berubah kerana pelajar ke sekolah bukan sahaja untuk menuntut ilmu tetapi menjadi modal insan yang berjaya dan aktif, serta seimbang dalam kedua-dua bidang iaitu akademik juga kegiatan kokurikulum,” katanya.

Pada masa sama, beliau meminta kerjasama daripada guru dan ibu bapa terutamanya di negeri ini bagi melahirkan pelajar yang mampu mengharumkan nama negara secara serentak di dalam bidang sukan dan akademik pada masa akan datang.

Sabtu lalu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memaklumkan empat golongan diberi laluan khas tanpa perlu bersaing dengan kumpulan arus perdana untuk melanjutkan pelajaran di universiti awam.

ARTIKEL BERKAITAN: Laluan khas kepada empat golongan bagi kemasukan Universiti Awam disediakan


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...