> > UPSI pelopor geografi lebih menarik di sekolah menerusi projek 'Hari Geografi bersama MRSM Felda'
UPSI pelopor geografi lebih menarik di sekolah menerusi projek 'Hari Geografi bersama MRSM Felda'
MOHD HAIRY IBRAHIM, UPSI Rabu | 6 Mac 2019

FELDA TROLAK - Bertempat di MRSM Felda, Trolak telah diadakan program Hari Geografi bersama-sama mahasiswa Geografi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 4 dan 5 Mac lalu.

Program ini telah diilhamkan oleh pensyarah Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Dr. Mohd Hairy Ibrahim, bagi menjadikan mata pelajaran Geografi di MRSM Felda lebih menarik dan mendedahkan murid-murid MRSM Felda, Trolak ini mengenai pentingnya subjek Geografi pada kehidupan masyarakat masa kini.

Projek ini dilaksanakan secara bersama antara Kumpulan Pakar Geografi UPSI diketuai Prof Madya Dr Mohd Hairy Ibrahim dan ahli akademik pakar Geografi UPSI bersama MRSM Felda.

Hari Geografi bersama MRSM Felda Trolak.

Ini turut mendapat sokongan dari Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan dan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPSI.

Program ini juga merupakan salah satu langkah untuk menjalinkan hubungan antara murid-murid MRSM Felda, Trolak dengan mahasiswa pendidikan Geografi UPSI. Ini adalah asas kemahiran soft skill' kepada pelajar UPSI.

Pengajaran dan Pembelajaran Menarik

Menurut guru Geografi MRSM Felda, Hamizatul Azian, program ini merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menarik dengan adanya konsep mentor dan mentee dalam meningkatkan minat pelajar dalam subjek Geografi di MRSM Felda.

Pelajar MRSM Felda Trolak pada Projek Hari Geografi.

Pelbagai program yang telah dilaksanakan sepanjang dua hari ini, antaranya Sembang Santai mengenai kerjaya bidang geografi Bersama pensyarah Geografi dan Alam Sekitar UPSI, Prof Madya Dr Mohd Hairy Ibrahim dan aktiviti luar bilik kelas iaitu Explore Race: Merentas Dunia 'Bidang Geografi' berkaitan ilmu geografi bersama-sama fasilitator dari mahasiswa-mahasiswi Pendidikan Geografi UPSI.

Program ini telah disertai oleh murid-murid tingkatan 2 dan 3 MRSM Felda melibatkan kira-kira 430 pelajar.

Projek Hari Geografi.

Aktiviti sebegini memberikan pendedahan kepada murid-murid bukan hanya melalui teori-teori, malahan dapat dipraktikkan secara langsung kepada murid-murid dengan dibimbing oleh pensyarah-pensyarah Geografi seperti Prof. Madya Dr. Nor Kalsum, Dr. Kamarul Ismail, Dr. Sumayyah, Nik Mohd Zaki, Azmi Ahmad Baharom dan Zaini bersama mahasiswa-mahasiswa Pendidikan Geografi UPSI.

Cikgu Shukri selaku guru Geografi MRSM Felda rasa terharu dengan penglibatan pelajar yang sungguh berminat dengan pendekatan program ini dan beliau berpendapat program ini harus dikembangkan di MRSM lain di Malaysia.

Pendedahan Baru

Projek 'ReDesign' bilik Geografi juga telah mula dilaksanakan dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran geografi yang bermotivasi.

Menurut pengarah pelaksana projek, Fatihah Mahazan, projek ini membuka peluang pelajar-pelajar Pendidikan Geografi, UPSI mendapat pendedahan dan pengalaman baru di persekitaran MRSM Felda dan mendapat panduan dari guru di sini.

Pada penghujung program Hari Geografi ini, murid-murid diminta untuk memberi sedikit refleksi mengenai program yang telah dijalankan. Rata-rata daripada mereka berpuas hati terhadap program ini dan mereka berharap tahun-tahun akan datang program seperti ini dapat diadakan lagi.

Ceramah Kerjaya Bidang Geografi

Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat, Tuan Husin Ghazali berasa amat berbesar hati dengan penglibatan pelajar MRSM Felda bersama pelajar Pendidikan Geografi dalam meningkatkan bakat di MRSM Felda ini.

Perasmian Penutup

Majlis perasmian penutup ini telah dirasmikan oleh Prof Madya Dr Mohd Hairy Ibrahim selaku Timbalan Pengarah, Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPSI, mewakili Pengarah UCTC.

UCTC merupakan pusat yang amat penting dalam menjalinkan UPSI dengan komuniti sekitar seperti MRSM Felda.

Majlis penyampaian hadiah juga telah dijalankan untuk memberi penghargaan kepada pemenang-pemenang yang berjaya melakukan aktiviti Treasure Hunt.

Pihak pengurusan MRSM Felda, Trolak Bersama-sama Prof Madya Dr Mohd Hairy Ibrahim telah diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.

Perasmian Penutup Hari Geografi bersama MRSMF.

Majlis ini telah diakhiri dengan sesi bergambar antara murid-murid MRSM Felda, Trolak dan mahasiswa Geografi UPSI Bersama-sama pihak pengurusan MRSM Felda,Trolak dan pensyarah berpengalaman dari Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, UPSI.

Kerjasama MRSM Felda dan UPSI akan terus berkembang dalam membantu meningkatkan pendidikan pelajar MRSM Felda di Malaysia.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...