> IKTBN Pagoh cipta mesin adunan kuih churros
IKTBN Pagoh cipta mesin adunan kuih churros
WARTAWAN KAMPUS UOLS Rabu | 6 Mac 2019

Kerja menyediakan kuih muih kini lebih mudah dan selamat. Dengan adanya teknologi canggih, segala boleh dilakukan dengan cepat dan mudah. Terbaharu, hasil inovasi dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh telah berjaya mencipta satu alat khas membuat kuih churros.

Inovasi ini dicipta oleh tenaga pengajarnya, Mohd Farizan Abdul Kadir bersama tiga ahlinya yang lain iaitu Muhammad Fitri Aziz, Mohd Hafizul Md Yusof dan Arvin Rao A/L Nageswararavo yang merupakan pelajar jurusan Diploma Penyelenggaraan Industri dari jabatan Mekanik Industri.

Mesin membuat kuih churros ini dicipta untuk memudahkan kerja dan mempercepatkan proses membuat kuih churros atau nama lainnya ialah ‘kuih belimbing’.

Mesin membuat kuih churros dapat membantu peniaga-peniaga kecil untuk menghasilkan kuih churros dengan cepat dan dapat dihasilkan dalam kuantiti yang banyak.

Kebanyakan peniaga dan pembuat kuih churros ini menghasilkan kuih churros dengan keadaan yang susah dan memerlukan tempoh masa pembuatan yang lama.

“Justeru, bagi menyelesaikan masalah ini, kumpulan kami telah bersepakat untuk membuat satu projek yang dinamakan Mesin Membuat Kuih Churros. Fungsi mesin ini ialah dapat membantu peniaga-peniaga kecil untuk menghasilkan kuih churros dengan cepat dan dapat dihasilkan dalam kuantiti yang banyak.

“Dengan adanya mesin ini segala masalah yang dihadapi oleh pengguna dapat diatasi, sebagai contoh dapat menjimatkan tenaga kerja dan mengurangkan masa pembuatan kuih churros,” kata Mohd Farizan.

Ujarnya lagi, sasaran mesin ciptaan mereka ini adalah di kedai membuat roti, kafe, kedai membuat kuih, pasaraya, shopping mall dan juga Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

“Kami dapati di kebanyakan tempat membuat kuih churros dalam keadaan yang sukar dan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan hasilan churros. Wujudnya mesin kami ini, ia dapat membantu meninggikan lagi keuntungan bagi kedai kek dan kafe tersebut,” katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...