> SUKAN > UiTM FC terus komited beri saingan hebat kepada pasukan lain
UiTM FC terus komited beri saingan hebat kepada pasukan lain
BERNAMA Khamis | 7 Mac 2019

SHAH ALAM - Kelab UiTM FC komited memberi saingan hebat kepada pasukan lain dalam aksi Liga Premier 2019.

Presidennya, Prof Datuk Dr Azizan Abdullah berkata pemain dan jurulatih perlu memberi komitmen sepenuhnya jika mahu UiTM FC memenangi piala yang diharapkan itu.

"Kalau boleh, saya tidak mahu ada yang memandang kelab bola sepak dari universiti awam ini sebuah pasukan belasahan. Saya tidak mahu itu berlaku jadi saya pasti pemain dapat memberi persaingan terbaik kepada pasukan lain.

"Sebagai presiden baharu, saya mahu UiTM FC akan terus maju dan dapat bermain pada Liga Super iaitu liga utama dalam Liga Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra UiTM FC bersama presiden di sini, hari ini.

Prof Dr Azizan Abdullah (tengah) bersalaman bersama pemain UiTM FC Robert Waly Lopez Mendy pada sesi ramah mesra bersama pasukan UiTM FC di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam. -- (Foto: Bernama)

Turut hadir, Timbalan Presiden UiTM FC, Dr Mohd Baharin Othman; Pengarah Pusat Sukan UiTM, Mustaza Ahmad dan barisan anggota Exco UiTM FC serta pemain.

Dalam pada itu, Azizan yang baharu dilantik sebagai presiden kelab berkenaan pada 1 Mac lalu, berkata UiTM FC seharusnya menjadi pasukan contoh dalam semua aspek pembangunan bola sepak negara.

"Ia termasuk aspek pengurusan, kejurulatihan, sains sukan, pemasaran dan yang penting kejayaan dari segi prestasi pasukan dalam liga diceburi," katanya. -- Bernama

Prof Dr Azizan Abdullah (dua, kanan) bersalaman bersama pemain UiTM FC pada sesi ramah mesra bersama pasukan UiTM FC di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam. -- (Foto: Bernama)


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...