> TEMPAT LEPAK > Memang lejen! 'Laksa Kebuk' di Kulim ini guna resepi dan acuan berusia 150 tahun
Memang lejen! 'Laksa Kebuk' di Kulim ini guna resepi dan acuan berusia 150 tahun
BERNAMA Sabtu | 9 Mac 2019

KULIM - Mampu mengekalkan rasa yang sedap serta tekstur yang sama sejak 150 tahun lalu menjadi tarikan utama sebuah warung ‘laksa kebuk’, di Kampung Guar Lobak di sini, malah ia dianggap sebagai antara juadah tradisi istimewa di daerah itu.

Lebih menarik, laksa yang dihasilkan hari ini, masih menggunakan ‘kebuk’ asal atau acuan tembaga seberat lima kilogram yang juga berusia 150 tahun. Pemilik warung, Siti Fairuz Abd Hakim, 31, berkata resepi laksa dan kebuk tembaga itu diwarisinya secara turun-temurun dan beliau merupakan generasi kelima mengusahakan perniagaan laksa kebuk.

Pengusaha Laksa Kebuk Siti Fairuz Abd Hakim, 31, menunjukkan mi laksa kebuk yang dihasilkan turut enak dimakan bersama kuah ikan resepi tersendiri serta bahan hiasan lain termasuk hirisan telur rebus, limau kasturi, daun gajus, cili hijau dan merah serta timun. - (Foto: Bernama)

"Untuk menghasilkan doh mi laksa kebuk, hanya tiga bahan utama diperlukan iaitu tepung gandum, garam dan air suam," katanya kepada Bernama, di sini.

Siti Fairuz berkata beliau masih menggunakan kaedah tradisional sepenuhnya untuk menghasilkan laksanya bagi mengekalkan keunikan rasanya.

"Kaedah menghasilkan mi laksa juga sangat mudah, selepas bancuh tepung dengan air suam dan garam, setiap doh seberat satu kilogram dimasukkan ke dalam kebuk dan ia ditekan terus ke dalam air mendidih," katanya yang menyediakan laksa menggunakan sehingga lima kilogram tepung sehari.

Siti Fairuz berkata, setelah mi laksa terapung dalam air mendidih, ia sudah masak dan sedia diangkat, kemudiannya perlu dimasukkan ke dalam bekas berisi air sejuk sebelum dituskan.

Siti Fairuz Abd Hakim menunjukkan cara menghasilkan 'laksa kebuk'. - (Foto: Bernama)

Beliau berkata bagi melengkapkan hidangan laksa kebuk, beliau menyajikannya bersama kuah istimewa menggunakan kari ikan tuna.

"Untuk bahan hidangan sampingan, saya masukkan ulam-ulam seperti hirisan timun, pucuk gajus, bawang, cili merah serta limau nipis dan masukkan juga telur untuk melengkapkan hidangan,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai boleh menikmati keunikan laksa kebuk di warungnya dengan harga hanya RM5 sepinggan yang mengandungi laksa seberat 250 gram.

Siti Fairuz berkata beliau juga menerima tempahan bagi majlis dan turut menerima tempahan daripada pelanggan secara dalam talian melalui akaun Facebooknya. -- Bernama


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...