> > Penangguhan pinjaman YPJ hanya melibatkan sebahagian IPT sahaja... - Exco
Penangguhan pinjaman YPJ hanya melibatkan sebahagian IPT sahaja... - Exco
NUR ALINA HASSAN Isnin | 11 Mac 2019

SEGAMAT - Kelewatan sebahagian peminjam menyerahkan keputusan pelajar kepada institusi masing-masing menjadi faktor proses pengagihan wang pinjaman Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) tahun ini tertangguh.

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri, Aminolhuda Hassan berkata, penangguhan pinjaman itu bagaimanapun hanya melibatkan sebahagian IPT yang mana terdapat kelompok pelajar lewat menyerahkan keputusan mereka.

Katanya, di pihak beliau serta YPJ sendiri, peruntukan pinjaman itu telah pun ditetapkan sejak daripada awal mengikut kadar peminjam di setiap IPT.

“Kami ada terima maklumat berhubung kelewatan sebahagian pelajar menerima wang pinjaman YPJ bagi tahun ini. Bagaimanapun, ia berlaku bukan disebabkan masalah atasan atau sebagainya, namun ia berpunca akibat pengurusan IPT yang mengambil sedikit masa memproses dokumen peminjam.

“IPT mengalami kelewatan memproses data ekoran sebahagian kecil peminjam ini yang lambat menyerahkan keputusan pelajar. Maka, pihak institusi pula terpaksa tunggu semua peminjam ini serahkan dulu maklumat tersebut kemudian barulah mereka dapat lengkapkan proses itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan perasmian Seminar Pendidikan Islam Negeri Johor sempena Hari Keputeraan Sultan Johor di Dewan Masjid Segamat, semalam.

Hadir sama, Pegawai Daerah Segamat, Abdul Rahman Salleh dan Kadi Daerah Segamat, Baharin Jalal.

Menurut Aminolhuda, bagi mengelakkan pinjaman itu terus tertangguh, pihak pengurusan IPT juga boleh menghantar secara terus senarai peminjam kepada YPJ bagi memastikan peruntukan itu sampai dengan segera kepada golongan berkenaan.

“Prosedur pengagihan wang diserahkan YPJ kepada IPT dan pengurusan IPT ini akan agihkan kepada peminjam. Kami di pihak kerajaan negeri akan terus memastikan kebajikan penuntut terjamin dan oleh demikian, bantuan seperti pinjaman bersesuaian ini tidak akan diketepikan,” katanya.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...