> KELANTAN > HUSM berjaya pasang implan koklea pada bayi berusia tujuh bulan, antara penerima implan koklea termuda di Asia Tenggara
HUSM berjaya pasang implan koklea pada bayi berusia tujuh bulan, antara penerima implan koklea termuda di Asia Tenggara
BERNAMA Khamis | 7 Mac 2019

KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak berumur satu tahun tujuh bulan menjadi antara penerima implan koklea termuda di Asia Tenggara apabila berjaya menjalani pembedahan bantuan pendengaran itu ketika usianya tujuh bulan.

Penasihat Pasukan Hearing Implant Team (HIT) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Dinsuhaimi Sidek berkata pembedahan implan koklea yang dijalankan terhadap Kang Rong Chen pada tahun 2018 ketika beliau berusia 7 bulan merupakan satu kejayaan besar kepada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

"Kejayaan ini seiring dengan matlamat yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk memberi intervensi seawal umur enam bulan pertama pada bayi yang dikesan mempunyai masalah pendengaran,”katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Kumpulan Sokongan Implan Koklea di Kampus USM hari ini.

Pengarah Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian, Prof Datuk Dr Ahmad Sukari Halim melancarkan kumpulan sokongan itu yang diadakan sempena ‘Hari Pendengaran Sedunia'. Dr Dinsuhaimi berkata, pada Nov 2017 Kang dikenal pasti mempunyai masalah pendengaran sejak umur tiga bulan disebabkan oleh penyakit meningitis yang dihadapinya.

Ujian pendengaran yang lengkap telah dilakukan sejak dari itu bagi mengenalpasti tahap masalah pendengaran beliau.

"Telinga kiri Kang dipasang implan pada Mac 2018. Ketika itu dia berusia tujuh bulan, 16 hari dan enam bulan kemudian implan kedua di telinga kanan pada Sept 2018 di HUSM Kubang Kerian.

"Pembedahan implan koklea ini amat penting untuk dilakukan pada usia muda, iaitu sebolehnya seawal usia dua tahun ke bawah, malah makin awal diimplan, makin bagus perkembangan bayi tersebut. Sejak tahun 2004, HIT USM berjaya menyelesaikan 48 kes implan koklea melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 80,000 bagi setiap satu.

Sementara itu, Tan Lian Chern, 34 berterima kasih kepada Nanyang Press atas bantuan kewangan yang membolehkan Kang menjalani pembedahan, dan kini dapat menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.

"Bagaimanapun, ia menjadi cabaran kepada saya dan suami untuk memantau setiap masa pergerakan Kang kerana bimbang beliau akan mencabut alat pendengaran yang dipasang di luar kedua belah telinganya.

"Selepas dua bulan menjalani pembedahan, anak saya menunjukkan perkembangan positif dan boleh mendengar dan menyebut perkataan ringkas seperti susu,” katanya. -- Bernama


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...