> Mainan berpapan jadi inspirasi reka bentuk juarai pertandingan perabot
Mainan berpapan jadi inspirasi reka bentuk juarai pertandingan perabot
BERNAMA Isnin | 11 Mac 2019

KUALA LUMPUR - Inspirasi daripada mainan berpapan menyaksikan seorang pelajar berusia 21 tahun dinobatkan sebagai pemenang pertandingan reka bentuk perabot di Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) 2019.

Timothy Long Tianjie berkata reka bentuk pembahagi dinding serap bunyi ‘HACXSTA’ yang memenangi hadiah RM5,000 itu, dipengaruhi daripada mainan berpapan dikenali sebagai ‘Settlers of Cattan’, memberikan penggunanya suasana privasi dan ruang kerja yang selesa.

“Saya dapati, ruang kerja selalunya mempunyai meja yang besar, di mana mereka akan duduk berhadapan antara satu sama lain. Jadi daripada menjauhkan kedua mereka, saya memberikan mereka pilihan sama ada mahu privasi atau boleh berhubung dengan rakan sekerja,” katanya kepada Bernama selepas majlis penyampaian hadiah di Pusat Pameran dan Dagangan Malaysia (MITEC).

Pelajar Universiti Taylor itu, mengambil masa tiga minggu menyiapkan reka bentuk tersebut sebelum menghantarnya, dan amat teruja kerana beliau tidak menjangkakan ianya akan menang.

Ketua Hakim pertandingan tersebut Dr Eric Leong mendapati hasil reka bentuk itu yang unik dan versatil mampu menarik pembeli sasaran masa kini yang kebanyakannya generasi muda.

“Salah satu kelebihan yang memberikan kemenangan kepada produk ini yang boleh dipasarkan, dan juga mudah untuk dihasilkan, kerana proses penghasilan dan material yang digunakan juga amat penting.

“Panel hakim amat menyukai dengan reka bentuk Timothy, kerana ianya versatil dan boleh diterapkan di pelbagai ruang kerja yang berbeza,” kata Eric.

Sementara itu, pelajar dari Indonesia di The One Academy, Noviaputri Wijaksana dengan reka bentuknya ‘Dele’ memenangi RM3,000 ditempat kedua, manakala tempat ketiga dimenangi Yeap Wei Ting dari Universiti KDU Pulau Pinang dengan reka bentuk ‘Treble and Devide’.

Cabaran edisi tahun ini yang masuk tahun ke-10 ini bertemakan Perabot Tempat Kerja Milenium disertai 218 penyertaan yang dihantarkan oleh 20 sekolah reka bentuk dan universiti swasta.

MIFF 2019 juga memberikan dua anugerah baru iaitu ‘Institusi Terbaik’ dan ‘Mentor Terbaik’.

Turut hadir di majlis itu termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadangan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Datuk Wan Latiff Wan Muda; Pengasas dan Pengerusi MIFF Datuk Dr Tan Chin Huat, dan Pengarah Urusan Kumpulan UBM Asia untuk Perniagaan ASEAN M. Gandhi. - Bernama.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...