> KELANTAN > Aktif bersukan antara kriteria mudah dapat kerja lepasan politeknik
Aktif bersukan antara kriteria mudah dapat kerja lepasan politeknik
BERNAMA Isnin | 11 Mac 2019

JELI - Aktif dalam bidang sukan merupakan antara kriteria yang menjadi sokongan, kepada lepasan Politeknik mudah mendapatkan pekerjaan, selepas menamatkan pengajian daripada institusi berkenaan.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Mohamad Amin Hamat berkata ia terbukti apabila ramai lepasan pusat pengajian itu yang aktif dalam sukan ketika belajar, berjaya mendapatkan pekerjaan.

"Kalau kita lihat pelajar yang pernah mewakili Majlis Sukan Politeknik, boleh dikatakan hampir semua mendapat pekerjaan, berikutan kelebihan yang mereka ada selain kelayakan dalam bidang akademik.

"Pelajar yang mengikut pengajian di Politeknik harus melihat sukan ini satu perkara yang penting bagi mereka bersaing dengan graduan dari institusi pengajian lain," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Politeknik Malaysia Mountain Bike di Politeknik Jeli di sini, semalam.

Seramai 60 peserta daripada 13 Politeknik seluruh negara menyertai acara berkenaan.

Beliau berkata Politeknik turut melahirkan ramai atlet dalam bidang sukan termasuklah membawa nama negara ke peringkat antarabangsa.

Katanya antaranya termasuklah menyertai Liga Premier Ragbi Malaysia dan atlet taekwondo yang bersaing dalam sukan universiti-universiti dunia. - Bernama.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...