> > Ribut: Empat blok asrama politeknik terjejas
Ribut: Empat blok asrama politeknik terjejas
NORMAWATI ADNAN Selasa | 12 Mac 2019

SLIM RIVER - Hujan ribut yang melanda kawasan Slim River, petang semalam menyebabkan empat blok asrama Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) terjejas selepas sebahagian bumbung diterbangkan angin kencang.

Antara blok asrama yang terjejas teruk akibat kejadian petang semalam. Foto ihsan pembaca.

Laporan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, kejadian turut menyebabkan seorang mangsa cedera terkena runtuhan siling.

"Laporan berhubung kejadian itu diterima pada jam 6.41 petang dan sebaik tiba di PSAS mendapati, terdapat hampir 20 pokok telah tumbang. Bumbung di empat asrama pula diterbangkan angin," katanya.

Sehingga petang semalam, operasi dan pemantauan masih dijalankan di lokasi kejadian.

Antara kereta milik warga PSAS yang rosak akibat kejadian ribut petang semalam. Foto ihsan pembaca.

Sementara itu, saksi kejadian berkata, insiden berlaku antara jam 5.20 hingga 5.30 petang ketika kebanyakan pelajar dan kakitangan dalam perjalanan pulang.

"Tak ada guruh atau mendung, tiba-tiba sahaja hujan lebat dan disusuli angin kuat, kejadian berlaku secara tiba-tiba, itupun sekejap sahaja dalam tempoh 10 minit," katanya.

Menurutnya, selain asrama, makmal, bangunan pejabat dan kediaman kakitangan juga turut terjejas, malah terdapat tiga kenderaan rosak ditimpa pokok tumbang.

"Semua pelajar yang terlibat akan dipindahkan sementara ke kawasan lebih selamat, kawasan ini mempunyai enam blok asrama, dua lagi asrama selamat untuk didiami," katanya.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...