> JOHOR > Penyelidik antarabangsa buat kajian masyarakat Orang Asli Kanaq
Penyelidik antarabangsa buat kajian masyarakat Orang Asli Kanaq
BERNAMA Selasa | 12 Mac 2019

BATU PAHAT - Program Swadaya Desa yang dijalankan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Perkampungan Orang Asli Kanaq di Sungai Selangi, Kota Tinggi pada Khamis lalu mencipta sejarahnya sendiri apabila turut disertai beberapa penyelidik antarabangsa.

Diketuai oleh Dr Mika Okushima dari Tenri University of Japan, kumpulan penyelidik ini melakukan kajian terhadap perkara-perkara yang berhubung kait dengan tahap dan penjagaan kesihatan masyarakat Kanaq serta nilai kearifan lokal masyarakat minoriti tunggal dunia itu.

Selain itu, kajian disertai oleh Penyelidik Kumpulan Fokus Impak Sosial (IMPACT) UTHM.

“Melihat kepada sumber persekitaran dan sistem kemandirian masyarakat Kanaq, Dr Okushima mendapati bahawa mereka merupakan antara etnik minoriti yang unik kerana mempunyai sistem imuniti yang tinggi,” kata Dekan Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK) UTHM, Profesor Madya Dr Khairul Azman Mohamad Suhaimy dalam kenyataan di sini.

“Mereka jarang terkena penyakit berjangkit dan merbahaya. Justeru, ia membuka peluang kepada satu kajian dilakukan untuk mengenalpasti leluhur masyarakat ini iaitu sama ada dari kumpulan Melayu Proto atau sebaliknya,” katanya dan menambah Perkampungan Orang Asli Kanaq Sungai Selangi adalah perkampungan ‘terakhir’ masyarakat Kanaq di dunia.

Beliau berkata program itu juga bertujuan membantu meningkatkan daya tahan mereka kepada dunia semasa, di samping memperkenalkan masyarakat ini kepada dunia luar, dengan mempromosi keunikan mereka di peringkat antarabangsa. - Bernama.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...