> > Usahawan muda penerima Anugerah Kecemerlangan ini cipta ‘1 IPT 10 ejen' hingga berjaya jual 1,000 serbuk keju setiap bulan
Usahawan muda penerima Anugerah Kecemerlangan ini cipta ‘1 IPT 10 ejen' hingga berjaya jual 1,000 serbuk keju setiap bulan
BERNAMA Isnin | 11 Mac 2019

KOTA BHARU - Usahawan muda yang menjalankan perniagaan serbuk keju secara atas talian, Nurul Faraheisya Ramli, terpilih sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Jabatan dalam Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Bharu (PKB) kali Ke-32 di sini.

Graduan Diploma Kejuruteraan Mekatronik PKB sesi Jun 2018 berumur 22 tahun yang merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik dari Pasir Pekan itu berkata, beliau mula menjinakkan diri dalam perniagaan itu sejak awal tahun lepas.

"Hingga kini, saya mempunyai ejen seramai 10 orang dari seluruh negara, serta lima stokis dan mencecah seramai 1,000 orang dropship,” katanya ketika ditemui selepas menerima anugerah di Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Bharu kali Ke-32, di sini.

Majlis yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Prof Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz itu turut dihadiri Pengarah Politeknik Kota Bharu Kamaludin Daud dan Timbalan Pengarah Akademik PKB Azahan Daud.

Menurut Faraheisya, tahun lalu beliau terpilih bersama 29 pelajar daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT) lain untuk mengikuti lawatan keusahawanan di bawah syarikat Jack Ma (Usahawan Paling Berjaya Di Dunia) pada Jan tahun lepas selama dua minggu di Hangzhou, China.

"Menjadi satu-satunya wakil dari PKB untuk mengikuti lawatan itu membuatkan saya menggunakan peluang ini sebaiknya malah ia membuka minda saya untuk mempelajari kaedah perniagaan yang dipraktikkan oleh syarikat Jack Ma,” katanya.

"Perkara yang paling mengkagumkan saya sepanjang lawatan itu adalah apabila masyarakat di sana semuanya sudah tidak menggunakan wang kertas untuk sebarang transaksi, tetapi semua menggunakan teknologi semasa melalui telefon dan aplikasi ‘We Chat’,” katanya.

Plak penghargaan dan hadiah yang diterima. (Foto: FB Fara Heisya)

Fareheisya turut menggalakkan para graduan untuk menggunakan teknologi yang ada sebaik mungkin terutama untuk menjalankan perniagaan, serta memanfaatkan semua aplikasi yang ada pada masa kini termasuk Facebook, Instagram, Shopee, dan juga Lazada.

"Berdasarkan pengalaman, saya juga turut membantu pelajar IPT untuk menjana pendapatan sendiri, dengan mencipta program ‘1 IPT 10 ejen’ hasilnya saya mampu menjual 1,000 serbuk keju setiap bulan,” katanya.

Bersama suaminya yang banyak membantu perniagaan yang dijalankan. (Foto: FB Fara Heisya)

Katanya, beliau yang sedang mengandung dua bulan kini menjalankan perniagaan sepenuh masa dengan dibantu oleh suaminya, Wan Ahmad Shahrul Aizat Wan Rozak, 25.

Sementara itu, seorang lagi pelajar cemerlang dari kejuruteraan yang sama, Abdul Ghafur Abdul Razak, 22, berkata selain sokongan daripada keluarga, tidak tidur selepas subuh adalah antara rahsia beliau berjaya mencapai kejayaan.

"Saya telah dididik oleh ibu, walaupun tidak mempunyai aktiviti apa-apa selepas subuh, jangan sesekali tidur ketika waktu itu,” katanya.

Beliau yang ditawarkan pekerjaan di sebuah syarikat pembuatan kaca di Senawang, Negeri Sembilan akan memulakan kerja pada 18 Mac ini. -- Bernama


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...