> > Tunku Ali Redhauddin raikan siswa kolej kediaman dan luar kampus USIM
Tunku Ali Redhauddin raikan siswa kolej kediaman dan luar kampus USIM
MOHD ZAINI OTHMAN Rabu | 13 Mac 2019

NILAI – Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhaduddin ibni Tuanku Muhriz berkenan untuk berangkat ke Himpunan Mega Interkolej (HMI) 2019 di Dewan Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada Ahad malam lalu.

Majlis HMI 2019 merupakan majlis makan malam yang menghimpunkan hampir 5000 siswa kolej kediaman USIM dan siswa luar kampus. Kali kedua ia dianjurkan, tahun ini ia mengangkat tema ‘Alam Melayu’ yang diterjemahkan dengan hiasan dalaman dewan dan busana pakaian yang digayakan oleh siswa USIM di majlis tersebut.

Tunku Ali Redhauddin selaku Pro-Canselor USIM berkenan menyempurnakan gimik perasmian HMI dan turut menyampaikan Anugerah Pelajar Popular dan Anugerah Pelajar Terbaik Kolej Kediaman kepada 12 orang penerima.

Pro-Canselor USIM bertemu dan beramah mesra dengan para pelajar yang hadir ke HMI 2019.

Selain menikmati pelbagai jenis menu yang disediakan, para penghuni kolej kediaman yang hadir turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan menarik. Ibarat kenduri besar-besaran, siswa yang hadir merupakan penghuni Kolej Kediaman Satu, Kolej Kediaman Nilam Court, Kolej Kediaman Sutera Indah, Kolej Kediaman Acacia Avenue dan Kolej Kediaman Pandan.

Tutur sama dijemput adalah pelajar USIM yang tinggal di luar kampus di bawah Campus Student Secretariat (OCSS) atau Sekretariat Pelajar Luar Kampus. HMI merupakan merupakan penjenamaan semula daripada Malam Perdana Siswa yang merupakan acara makan malam tahunan bagi setiap Kolej Kediaman USIM yang dibuat berasingan oleh setiap kolej kediaman sebelum ini.

Gabungan pelajar kolej kediaman USIM mempersembahkan teater yang menarik perhatian hadirin.

“Matlamat penganjuran himpunan ini adalah untuk menghimpunkan penghuni kolej kediaman dan pelajar luar kampus bagi mengeratkan ukhuwah yang terjalin di antara penghuni, pengurus kolej kediaman dan kakitangan tertinggi universiti.

“Di samping itu, himpunan ini juga bertujuan untuk memberi anugerah penghargaan untuk siswa USIM yang menetap di kolej kediaman USIM dan pelajar tinggal luar kampus,” ujar Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan Jailani.

Tunku Ali Redhauddin menerima cenderamata berupa tulisan khat yang diinspirasikan dari potret beliau.

Tambahnya, salah satu faktor yang menyebabkan graduan gagal mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian adalah kerana tidak berkemahiran dan tidak berdaya saing. Belajar di universiti bukan sekadar hadir ke kelas tetapi perlu mengambil peluang untuk membangunkan potensi diri, meningkatkan kemahiran atau ‘soft skill’ serta membina hubungan sosial yang baik di antara satu sama lain.

Turut hadir menyerikan majlis tersebut adalah EXCO Kerajaan Negeri Sembilan, Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek; Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Musa Ahmad; dan Pengurusan Universiti.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...