> KELANTAN > Siswa #QuranHour di UMK Bachok Ahad ini
Siswa #QuranHour di UMK Bachok Ahad ini
WARTAWAN SINAR HARIAN Khamis | 14 Mac 2019

BACHOK - Penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh Kelantan akan menjayakan Program Siswa #QuranHour di Masjid UMK Bachok, Ahad ini.

Pengarah program, Nor Zakuan Che Musa berkata, pihaknya turut menjemput orang ramai ke program yang dijangka berlangsung dari jam 8 pagi hingga 2 petang.

NOR ZAKUAN

Menurutnya, surah tumpuan kali ini ialah Surah Al-Mukminun ayat satu hingga 15.

“Saya mengajak siswa dan orang ramai untuk menjayakan program ini dengan meluangkan masa untuk sama-sana membaca dan menghayati al-Quran,” katanya.

Katanya, program berkenaan akan dirasmikan Pengerusi Lembaga Pengarah UMK Kelantan, Datuk Hussamuddin Yaacub dan turut dihadiri Pengarah Pusat Islam UMK Kelantan, Prof Madya Azhar Muhammad serta Pengerusi Rumah Ngaji Kelantan, Mejar (B) Adnan Hashim.

“Kita juga menjemput Abdulah Fahmi Che Nor, johan bagi Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2018,” katanya.

Siswa #QuranHour bakal berlangsung Ahad ini bermula jam 8 pagi.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...