> TERENGGANU > Pengakap Laut UMT, kumpulan pertama berjaya terima pengiktirafan antarabangsa di Malaysia
Pengakap Laut UMT, kumpulan pertama berjaya terima pengiktirafan antarabangsa di Malaysia
NONI NORAIKHAH MD YUSOFF, UMT Khamis | 14 Mac 2019

KUALA NERUS - Persatuan Pengakap Laut Kelanasiswa Universiti Malaysia Terengganu (KLKM UMT) merupakan kumpulan pertama yang berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa di Malaysia yang mana 25 daripada 54 peserta Malaysia telah berjaya menerima standard World Scout Enviroment Program (WSEP) yang dikeluarkan oleh World Organization of the Scout Movement (WOSM).

Penganugerahan ini disampaikan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Mejar Jeneral Profesor Datuk Dr. Haji Mohd Zin Bidin (B) pada Januari lalu di Universiti Sains Malaysia (USM).

Bagi membolehkan peserta mendapatkan pencalonan dalam anugerah yang bertaraf antarabangsa tersebut iaitu World Scout Environmental Programme, persatuan ini telah mengadakan program Kesedaran Marin (SEAMAP) 4.0 pada Mei tahun lalu di Pulau Bidong dengan kerjasama Makmal Berpusat UMT, Kumpulan Latihan Kelanasiswa Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dan Yayasan Coral Malaysia.

Para peserta yang terlibat dalam program bergambar kenangan di Pulau Bidong. (FOTO UMT)

Program yang dijalankan selama tiga hari dua malam ini disertai 54 orang peserta yang terdiri dari pelbagai institusi dan merupakan program peringkat kebangsaan.

Ia merupakan program yang dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan terhadap terumbu batu karang yang mana projek penanaman semula batu karang dilakukan bagi mewujudkan sebuah ekosistem seimbang.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membudayakan graduan dengan aktiviti kemasyarakatan agar dapat melahirkan pemimpin yang berjiwa rakyat dan cakna akan persekitaran.

Peserta berpeluang untuk belajar cara memulihara terumbu karang. (FOTO UMT)

Melalui projek penanaman semula batu karang ini, industri perikanan dapat ditingkatkan hasil daripada pertumbuhan batu karang yang baharu.

Seterusnya ia dapat menjana ekonomi melalui ekopelancongan yang mana program ini mampu mewujudkan taman-taman batu karang baharu di Pulau Bidong sekali gus ekosistem flora dan fauna laut dapat dipelihara.

Program ini dapat memperkenalkan UMT ke peringkat kebangsaan di samping memperkenalkan Pulau Bidong sebagai pulau warisan UMT dan mempromosi fasiliti dan program-program yang boleh membawa kepada penjanaan UMT.

Pasukan Pengakap Laut UMT berjaya menerima standard World Scout Enviroment Program (WSEP) dikeluarkan World Organization of the Scout Movement (WOSM). (FOTO UMT)


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...