> > Pelajar kudung tangan ini sebak apabila diumumkan sebagai pelajar terbaik
Pelajar kudung tangan ini sebak apabila diumumkan sebagai pelajar terbaik
NOOR AZLIDA ALIMIN Jumaat | 15 Mac 2019

KOTA BHARU - Calon bekerperluan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2, tidak dapat menahan air mata apabila diumumkan pelajar terbaik SPM sekolah, semalam.

Muhammad Rizdwan Roslan, 18, yang kudung tangan kiri tidak menyangka akan memperoleh keputusan 9A dan 1B dalam SPM memandangkan dia hanya mendapat 6A ketika peperiksaan percubaan lalu.

Muhammad Rizdwan sebak bila diumumkan sebagai pelajar cemerlang.

Menurutnya, dia berhasrat untuk melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang kejuruteraan

“Walaupun tangan saya kudung sejak lahir, saya tidak mahu meletakkannya sebagai penghalang untuk mengejar cita-cita sebagai seorang jurutera.
“Saya mahu cipta pelbagai mesin yang boleh memudahkan tugas harian kita dan mencipta sejarah calon OKU juga mampu berjaya seperti pelajar normal lain,” katanya.

Anak sulung dari empat beradik ini berkata, dia mahu menjadi contoh kepada adik-beradiknya dan kebanggaan kepada ibu bapanya yang bekerja di Jabatan Meteorologi Malaysia Kelantan.

Rakan-rakan mengucapkan tahniah kepada Muhammad Rizdwan (dua, kanan) di atas kejayaannya.

Sementara itu, guru kelasnya, Nor Hasimah Ab Rahman berkata, Muhammad Rizdwan merupakan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik malah memiliki keperibadian yang baik.

Beliau berkata, anak didiknya juga menjadi rujukan rakan-rakan ketika mengulang kaji pelajaran di sekolah.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...