> SEL KL > UNITAR lancar Kempen Biar Betul, bantu golongan B40
UNITAR lancar Kempen Biar Betul, bantu golongan B40
WARTAWAN KAMPUS UOLS Jumaat | 15 Mac 2019

KELANA JAYA - Bagi pengambilan pelajar April ini, UNITAR International University (UNITAR) melancarkan Kempen Biar Betul, semua boleh masuk U!.

Naib Canselor UNITAR, Prof Dr Noor Raihan Abd Hamid berkata, kempen itu bagi memberi yang terbaik kepada pelajar dan membuka pintu kepada mereka yang mahu melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

Beliau berkata, kempen itu membabitkan dua aspek, pertama UNITAR kini melancarkan tawaran menarik yang sukar dipercayai dan di luar jangkaan.

“Lebih menarik, UNITAR turut menyediakan Program Asasi Percuma, program diploma dari hanya RM13,000 dan program ijazah dari RM30,000. Selain itu, lebih mengujakan pelajar dapat menikmati kos sara diri sehingga RM5,000 dengan 100 peratus ditanggung Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
“Kesemua tawaran ini boleh dinikmati pelajar yang mendaftar di Pusat-pusat Wilayah UNITAR, manakala bagi Program Asasi Percuma boleh dinikmati oleh pelajar yang mendaftar di seluruh negara,” katanya dalam suatu kenyataan media di sini hari ini.

Aspek kedua pula, katanya, UNITAR ingin memastikan universiti itu terus menerajui sektor pendidikan swasta, terutamanya untuk golongan B40 dan M40 bagi memastikan pelajar menerima pendidikan sepatutnya dengan betul, iaitu pendidikan yang mendapat pengiktirafan badan berkaitan dan suasana pembelajaran sistematik serta terbaik.

UNITAR ingin memastikan universiti itu terus menerajui sektor pendidikan swasta, terutamanya untuk golongan B40 dan M40

Graduan kompeten

Beliau berkata, menjadi misi utama UNITAR untuk menghasilkan graduan yang kompeten dan seiring dengan keperluan semasa korporat serta industri melalui penerapan unsur CARE dalam sistem pengajaran.

Katanya, CARE adalah graduan yang berpaksikan kompetensi Collaborative (Kerjasama), Adaptive (Penyesuaian), Reflective (Cerminan) dan Entrepreneurial (Keusahawanan).

Menurutnya, pelajar yang diasaskan dengan ciri CARE akan mempunyai minda ingin tahu, pemikiran saintifik, penyelesaian masalah, kerja berpasukan dan cenderung untuk menghasilkan idea baharu.

UNITAR yakin masa depan atau #URfuture mahasiswa lebih cerah menerusi C.A.R.E,

Prof Noor Raihan berkata, turut disediakan Biasiswa Merit, Sukan dan Kepimpinan termasuk Biasiswa I-Future.

Beliau berkata, berikutan tawaran yang mengujakan ini, UNITAR berharap masalah kewangan bukan lagi alasan bagi pelajar tidak mengikuti pengajian berkualiti di universiti ini.

Biarpun sebuah universiti swasta, namun semua golongan diberi peluang seluasnya untuk menikmati pengajian berkualiti yang mampu meningkatkan prestasi dan semangat daya saing berkualiti tinggi,” katanya.

Program inovatif

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif UNITAR, Puvan Balachandran berkata, universiti itu terus mengorak langkah dalam sektor pelajaran tinggi negara selaras dengan visinya untuk meluaskan peluang pembelajaran terutamanya bagi golongan memerlukan.

Beliau berkata, berpandukan hala tuju ini, UNITAR bakal menawarkan dua program inovatif dalam masa terdekat, satu daripadanya adalah program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) UNITAR yang lebih sesuai dengan keperluan sebenar golongan bekerja muda dari segi kos, masa dan kelayakan akademik.

Berpaksikan kepada atribut mahasiswa menerusi C.A.R.E, UNITAR yakin masa depan atau #URfuture mahasiswa lebih cerah.

Sehubungan dengan itu, UNITAR bakal memperkenalkan Kelas Eksekutif Sarjana Bersiri yang mana kita akan menjemput personaliti-personaiti dalam pelbagai bidang bagi memberi inspirasi kepada golongan belia untuk mengorak langkah lebih jauh dalam menggapai impian.

“Program inovatif kedua adalah bagi mereka yang hanya memiliki satu kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun berpeluang untuk menyambung pengajian ke program sijil sebagai laluan pengajian ke peringkat diploma.
“Walau apapun faktor yang mendorong seseorang dalam pemilihan ke institusi pengajian tinggi (IPT), UNITAR tetap menjadi universiti pilihan yang mantap tidak kira dari segi kemampuan, kualiti pendidikan, lokasi dan kebolehpasaran graduan, kesemua ini adalah tunjang Kempen Biar Betul,” katanya.

INFO

* UNITAR merangkumi program Pengajian Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan juga Doktor Falsafah dalam pelbagai bidang seperti Perakaunan, Perniagaan, Kewangan, Teknologi Maklumat, Pendidikan Awal kanak-kanak, Pendidikan, Bimbingan dan Kaunseling, Kemanusiaan, Hospitaliti, Kulinari dan Pelancongan.

* UNITAR menjemput semua yang berminat untuk menyertai ‘Hari Biasiswa’ pada 16 dan 17 Mac 2019 dan Hari Terbuka UNITAR 2019 pada 23 dan 24 Mac 2019 dari jam 9 pagi sehingga 5 petang bertempat di Kampus Induk UNITAR, Kelana Jaya. Pelbagai aktiviti menarik dan promosi istimewa bagi pengambilan April 2019 menanti anda.

* Tawaran khas ini hanya sah bagi pendaftaran sebelum 22 April 2019 di kampus induk bertempat di Kelana Jaya dan 10 kampus cawangan di seluruh negara termasuk Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu, Ipoh, Kota Kinabalu, Kuching, Kuala Terengganu, Kuantan, Seremban dan Melaka.

* Bagi maklumat lanjut, sila layari www.unitar.my atau hubungi talian tetap di +603 7627 7200 atau email [email protected] untuk sebarang pertanyaan.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...