> SUKAN > Rangkul Juara! UTeM dominasi E-Sukan Kampus Zon Selatan
Rangkul Juara! UTeM dominasi E-Sukan Kampus Zon Selatan

MAHASISWA Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerusi UTeM Knights telah berjaya merangkul takhta kejuaraan menerusi acara Pro Evolution Soccer 2019 (PES2019) dan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) dalam XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus 2019 Zon Selatan yang diadakan baru-baru ini.

Kejohanan ini merupakan anjuran Media Prima Digital dan Celcom Axiata Berhad dan telah berlangsung di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Alor Gajah, Melaka dengan menyaksikan penyertaan pasukan-pasukan e-sukan dari institusi pengajian tinggi terbaik tempatan berentap bersama dengan kelab-kelab eksklusif e-sukan seluruh Malaysia.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Madya Dr. Nurulfajar Abd Manap berkata, pertandingan ini telah diadakan di lima zon berbeza di seluruh negara yang mana para peserta telah memulakan pusingan kelayakan di atas talian pada Februari lalu bagi merebut tempat ke pusingan 16 terbaik.

"Kesemua pasukan yang layak bagi setiap zon akan beraksi untuk mara ke pusingan zon final pada Mac dan pemenang setiap zon akan ke peringkat akhir bagi merebut kejuaraan dan hadiah wang tunai utama yang akan berlangsung pada April kelak bertempat di Kuala Lumpur.
"Apa yang menarik perhatian para pemain adalah Institusi Pengajian Tinggi dengan pasukan yang paling banyak memenangi pertandingan bakal berpeluang menerima biasiswa bernilai RM50,000, ditaja oleh Celcom XPAX, sebagai salah satu inisiatif mereka dalam memperkasa e-sukan di negara ini," jelasnya.

Sementara itu, Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib pula menyatakan bahawa kejohanan seperti ini bakal mempertingkatkan lagi industri e-sukan dan permainan video di rantau Asia Tenggara di samping menjadi pemangkin terbaik bagi mencungkil bakat tempatan serta mengasah keupayaan mereka menjadi atlet e-sukan profesional untuk mewakili Malaysia untuk ke Sukan SEA.

Pasukan UTeM bergambar selepas pengumuman pemenang. (FOTO UTEM)
“Menerusi pertandingan seperti ini, para peserta dapat melihat perbezaan pengalaman, mental, fizikal dan kemahiran para peserta yang lain di samping mengenal pasti kelebihan dan kekurangan pasukan lawan sewaktu dalam pertandingan,” ujarnya lagi.

Pasukan UTeM Knights yang terdiri daripada Muhammad Sadik Mohamed Salahudin dan Muhammad Khairul Amin Shamsudin daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan dan Mohd Al-Zulfahmi Alias dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal telah meraih tempat pertama menerusi acara Pro Evolution Soccer 2019 manakala bagi acara DOTA 2, Pasukan Cheeseburger dan UTeM X terpaksa berpuas hati apabila dinobatkan naib juara dan tempat ketiga acara tersebut.

Sementara itu dari Pasukan UTeM Knights sekali lagi yang kali ini diwakili Muhammad Farhan Ibrahim dari Fakulti Kejuruteraan Pembuatan, Wan Muhammad Danish Wan Husain Fakulti Pengurusan Teknologi dan teknousahawan, Eddy Jefri Shah Azizan dan Rashdan Azhari Mohd Anuar dari Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Muhammad Afirdullah Razali dan Nor Razi Shairanie Safe’ei dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal pula turut meraih tempat pertama dan bakal mewakili Zon Selatan bagi acara Mobile Legends Bang Bang (MLBB).

Peserta yang bertanding dalam E-Sukan Kampus Zon Selatan.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...