> AKTIVITY MPP > MPP Kolej Profesional MARA Seri Iskandar jayakan program 'Apa Khabar Orang Kampung'
MPP Kolej Profesional MARA Seri Iskandar jayakan program 'Apa Khabar Orang Kampung'

SERI ISKANDAR - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Profesional MARA Seri Iskandar (KPMSI) telah menjayakan program khidmat masyarakat, ‘Apa Khabar Orang Kampung’ di Kampung Nasaruddin, Bota, Perak, di sini, baru-baru ini.

Program itu juga mendapat sokongan daripada ketua kampung, Mohd Asri Mohd Harun dilihat memberi kebaikan kepada penduduk kampung.

Majlis Perwakilan Pelajar bergambar setelah tamat program

Presiden MPP KPMSI, Razin Khaliq berkata, program itu juga diadakan dengan kerjasama kolaborasi Peer Guidance Council (PGC) dan Persatuan Remaja Islam Malaysia (PRISMA).

Katanya, program ini dijanakan dengan penuh iltizam demi kepentingan kesihatan bagi orang kampung, atas permintaan ketua kampung.

Majlis Perwakilan Pelajar, Peer Guidance Council dan Persatuan Remaja Islam Malaysia Kolej Profesional MARA Seri Iskandar bergambar bersama keluarga yang menerima infaq beras.
“Saya berharap semua pengunjung yang hadirkan diri ke program 'Apa Khabar Orang Kampung' dapat menggunakan peluang ini sebaik boleh bagi mengorak langkah ke hidup yang lebih sihat.
"Selain program itu juga, pihak kami turut mengadakan Program Infaq Beras untuk memberikan sumbangan berbentuk keperluan asas kepada 27 buah rumah di Kampung Nasaruddin," katanya.

Razin berkata, pihaknya juga turut melawat rumah rumah Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak mampu berjalan serta warga emas mengalami masalah penglihatan.

Katanya, pihaknya juga akan memutuskan untuk meletakkan mereka ini di bawah pemerhatian dan akan diberi bantuan bulanan.

Mohd Asri Harun bersama ahli bomba yang membantu dalam program itu.

Dalam pada itu, Mohd Asri berharap, program yang dijalankan itu tidak akan berhenti dan pelbagai program bakal dianjurkan seumpama ini yang dapat mendatangkan manfaat.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...