> INTROP UPM manfaatkan bahan buangan kenaf untuk hasilkan produk biokomposit
INTROP UPM manfaatkan bahan buangan kenaf untuk hasilkan produk biokomposit
NOR AZIZAH ISMAIL, UPM Khamis | 21 Mac 2019

HASIL penyelidikan dijalankan Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), Universiti Putra Malaysia (UPM), telah berjaya menghasilkan produk biokomposit (komposit gentian semula jadi) daripada bahan buangan kenaf.

Produk biokomposit yang dibangunkan ini dihasilkan daripada isi dalam atau teras (cores) batang pokok kenaf yang jarang digunakan sebagai bahan utama di dalam industri kenaf.

Melalui penyelidikan di INTROP, UPM, bahan hasil sampingan pertanian ini telah dimanfaatkan sebagai gentian (fibres) bagi membangunkan bahan komposit gentian semula jadi.

Biokomposit kenaf yang digunakan untuk menghasilkan Putra Frame.
Manfaat utama bahan biokomposit ini adalah ringan, murah, boleh didapati dalam kuantiti besar, mudah diperoleh, sifat kekuatan dan kekukuhan yang sesuai untuk kegunaan bukan struktur, tidak berbahaya kepada kulit manusia, nilai estetika, bahan tempatan, bahan hijau (mesra alam) dan bersifat biodegradasi.

Pelbagai produk biokomposit telah dibangunkan di INTROP seperti topi keledar keselamatan untuk pekerja ladang kelapa sawit, meja, bahan perkakasan dapur seperti piring dan talam kecil, bahan pembungkusan makanan, bingkai gambar dan kaki palsu.

Putra Frame dan bahan biokomposit kenaf. (FOTO UPM)

Cetusan idea staf, pelajar

Menariknya, produk dihasilkan daripada bahan buangan kenaf ini adalah cetusan idea staf dan pelajar. Antara yang menarik perhatian ialah bingkai gambar, Putra Frame, cetusan idea Profesor Mohd Sapuan Salit daripada Fakulti Kejuruteraan, UPM.

Bingkai ini dihasilkan daripada bahan teras kenaf digabungkan dengan bahan polimer bagi menghasilkan produk yang mempunyai nilai mesra alam, nilai estetika, ringan serta daripada bahan pertanian mudah didapati dan murah.
Prof Mohd Sapuan menunjukkan inovasi Putra Frame. (FOTO UPM)

Reka bentuk produk ini merupakan cetusan idea staf dan pelajar dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM yang mengambil kira peraturan reka bentuk produk yang berkesan dan terbukti.

Kaedah pembuatan digunakan adalah melalui pengacuan suntikan (injection moulding) dan pembuatan yang dilakukan sekumpulan pelajar asnaf di bawah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), UPM.

Kumpulan sasaran produk ini adalah pelajar dan pensyarah universiti, khususnya dimanfaatkan semasa majlis konvokesyen di samping peringkat pelajar dan guru sekolah.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...