> UPSI – IDR bentang hasil penyelidikan Pembangunan Belia Negeri Perak
UPSI – IDR bentang hasil penyelidikan Pembangunan Belia Negeri Perak
WARTAWAN KAMPUSUOLS Khamis | 21 Mac 2019

TANJUNG MALIM - Sebanyak 10 projek penyelidikan di bawah inisitatif Geran Penyelidikan Kerjasama UPSI-IDR 2017 yang meliputi kluster sains sosial, sains gunaan dan sains perubatan telah dibentangkan dalam satu seminar penyelidikan bertajuk Pembangunan Belia Negeri Perak : Kelestarian Ekonomi Dan Sosial anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Institut Darul Ridzuan (IDR).

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Suriani Abu Bakar berkata, seminar itu merupakan platform perkongsian hasil aktiviti penyelidikan bagi inisiatif Geran Penyelidikan Kerjasama UPSI-IDR 2017 yang bermula pada September 2017 hingga Ogos 2018.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Suriani Abu Bakar.

Katanya, projek penyelidikan dengan dana berjumlah RM98,488.80, itu memberi fokus kepada isu pembangunan belia Negeri Perak yang melibatkan kerjasama di antara UPSI dengan IDR dan beberapa pihak berkepentingan seperti Majlis Belia Negeri Perak, Majlis Sukan Negeri Perak, Majlis Daerah Muallim, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Perak, Jabatan Pertanian dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Suriani Abu Bakar (dua kanan) memberikan tanda kenangan.
“Saya percaya, pembentangan hasil kajian ini akan membawa kepada satu perbincangan yang menarik dan amat bermanfaat dalam mentranslasikan penyelidikan di UPSI kepada komuniti belia Negeri Perak.
“Seminar Penyelidikan Kerjasama UPSI-IDR ini juga menandakan satu pencapaian penting bagi penyelidik UPSI dalam meningkatkan jaringan kepakaran dan mensinergi usaha mereka untuk menghasilkan lebih banyak idea penyelidikan dan pendekatan baru terutamanya dalam menangani isu-isu berkaitan pembangunan belia di Negeri Perak,” katanya pada majlis perasmian Seminar Penyelidikan Kerjasama UPSI-IDR yang diadakan di Dewan Seri Tanjong, di sini.

Antara penyelidikan yang dibentangkan dalam seminar itu ialah Sistem Perniagaan Belia Perak: Mudah, Ringkas Dan Praktikal, Kajian Penglibatan Belia Wanita Dalam Politik Di Negeri Perak, Projek Cendawan Jerami (Volvariella Volvacea) Perak Fasa Percubaan – Tanjong Malim, Psychological Intervention To Treat Healt Issues Among Community Mental Health Centres In Perak Batang Padang Dan A Preliminary Study On Injury Risk Factors Of Perak Athletes.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...