> > Ini yang keluarga Ashraf lakukan di lokasi terakhir dia ditemui
Ini yang keluarga Ashraf lakukan di lokasi terakhir dia ditemui
WARTAWAN KAMPUS UOLS Khamis | 28 Mac 2019

Pelbagai usaha dijalankan untuk mencari peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang dilaporkan hilang semasa menyertai perlumbaan itu Sabtu lalu.

Menurut Gopeng Ultra Trail (GUT) menerusi postingnya di laman Facebook, pelbagai cara dijalankan oleh pasukan mencari dan menyelamat untuk mencari Mohamad Ashraf dan pencarian mangsa berterusan sehingga kini.

Solat hajat turut dijalankan di lokasi terakhir ditemui.

Katanya, pihak mencari dan menyelamat juga telah melakukan operasi yang merangkumi kawasan Kampung Chulek, Kampung Jahang, Gua Tempurung dan sungai berhampiran.

"Selain daripada pihak berkuasa, krew GUT, salah seorang peserta, Dewi yang turut terlibat dalam pertandingan itu membantu pencarian ini.
"Malah, keluarga Mohammad Ashraf juga melawat ke lokasi dikatakan kali terakhir mangsa dijumpai untuk melakukan solat hajat. Tolong terus mendoakan keselamatan Mohammad Ashraf. Untuk Acap teruskan bertahan, semoga terus kuat, kami datang untuk selamatkan kamu," tulisnya.

GUT berkata, pencarian Mohammad Ashraf masih diteruskan pada hari ini yang masuk hari keenam oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR), sukarelawan, penduduk kampung dan krew GUT.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Azmi Osman (kanan) melihat pengoperasian anggota mencari dan menyelamat di pos kawalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kehilangan Ashraf tiada petunjuk baru, hanya botol air milik mangsa ditemui...

ARTIKEL BERKAITAN: Pelik! Ashraf peserta 10 teratas, disedari hilang selepas tidak tiba di garisan penamat

ARTIKEL BERKAITAN: "Mana la kau Ashraff?" Ada andaian netizen kaitkan kehilangannya dengan makhluk halus

ARTIKEL BERKAITAN: Meremang rasa! Orang kampung pernah nampak 'sekumpulan lelaki dan wanita' naik ke bukit bawa obor...

ARTIKEL BERKAITAN: Penemuan botol air tunjuk hasil negatif! Ini tindakan Pengarah JBPM seterusnya...

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau betul dia sesat di alam maya, Acap pasti boleh cari jalan keluar”- Rakan dedah kecekapan Acap daki gunung dan bukit!

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Mohammad Ashraf Hassan, 29, graduan Nilai International University College memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25km disedari hilang selepas mangsa tidak tiba di garisan penamat meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas dalam pertandingan itu.

Operasi mencari kemudiannya digerakkan bermula di check point 6, lokasi terakhir mangsa yang bekerja sebagai juruteknologi makmal perubatan di Pejabat Kesihatan Muar dilihat iaitu kira-kira 12km dari garis mula.

Solat hajat turut dijalankan oleh ahli keluarga Ashraf di lokasi terakhir pemuda itu ditemui


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...