> > UMK mahu budayakan sukan dalam kalangan mahasiswa
UMK mahu budayakan sukan dalam kalangan mahasiswa
WARTAWAN SINAR HARIAN Isnin | 1 April 2019

JELI - Karnival Sukan Kampus (Sukam) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli menjadi medan terbaik untuk mencungkil bakat baharu dalam kalangan mahasiswa.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof Dr Zaliman Sauli berkata, daripada karnival berkenaan mahasiswa terpilih akan diangkat mewakili universiti ke peringkat lebih tinggi.

“Ia menjadi landasan kepada mahasiswa untuk menyerlahkan bakat dimiliki sekali gus menjadi wakil kepada universiti ke peringkat seterusnya.
“Dalam masa sama ia juga untuk menyuntik semangat kesukanan dan kerjasama dalam pasukan serta menggalakkan interaksi dua hala antara mahasiswa terlibat,” katanya.

Zaliman berkata, Sukam juga menjadi platform dalam melahirkan mahasiswa yang holistik sama ada dari segi akademik dan sukan.

Katanya, pihaknya juga ingin membudayakan sukan dalam kalangan mahasiswa sebagai usaha ke arah meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup generasi muda.

“Sukam ini juga dapat mengeratkan silaturahim antara mahasiswa dan kakitangan serta menanam sifat cintakan institusi yang menyumbang ilmu buat mereka,” katanya.

Sukam dianjurkan Majlis Perwakilan Pelajar melibatkan semua mahasiswa dan kakitangan UMK Kampus Jeli.

Pelbagai acara sukan dipertandingkan antaranya badminton, futsal, bola jaring, bola tampar, bola keranjang, sepak takraw, tenis, pingpong dan catur.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...