> SEL KL > UIAM rangkul empat Anugerah Buku Negara 2019
UIAM rangkul empat Anugerah Buku Negara 2019
ROSLAN RUSLY, UIAM Selasa | 2 April 2019

KUALA LUMPUR - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menerima empat buah Anugerah penerbitan buku di Anugerah Buku Negara 2019 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara, di sini hari ini.

Salah sebuah buku menerima Anugerah Buku Negara untuk kategori Perdana bagi buku yang dihasilkan oleh Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dan Prof. Dr. Rosnani Hashim yang berjudul 'Pentafsiran Baharu Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pasca 2020'.

Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak menerima Anugerah Perdana untuk buku yang dihasilkan oleh beliau bersama Prof. Dr. Noraini Hashim.
Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak bersama Prof. Dr. Noraini Hashim menerima Anugerah Perdana untuk buku Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Manakala tiga lagi anugerah dimenangi mengikut kategori masing-masing. Antara buku-buku yang menerima anugerah ialah ‘Maqasid Al-Shariah’ bagi kategori Perniagaan dan Ekonomi (Ilmiah) Terbaik yang ditulis oleh Abdul Ghafar Ismail, Salman Sayed Ali dan Achmad Tohirin.

Buku yang berjudul The Law on Domestic Violence in Malaysia yang dihasilkan oleh Daleleer Kaur Randawar dan Najibah Mohd Zin pula untuk kategori Sains Sosial Terbaik.

Manakala untuk kategori Buku Mewah Terbaik pula diterima melalui penerbitan buku yang yang bertajuk Through The Years”The Debate Legacy of IIUM.

Penerima Anugerah Buku Kebangsaan mengikut kategori masing-masing.
Kesemua buku yang dimenangi diterbitkan oleh Penerbit IIUM Press.

Menurut Rektor UIAM ketika ditemui berkata, dengan adanya penghargaan sebegini ia sedikit sebanyak dapat memberikan semangat kepada penerbit-penerbit buku untuk melahirkan lebih banyak buku yang berkualiti dan dalam masa akan memotivasikan para penyelidik dan pensyarah untuk menulis buku.

“Apa yang dapat dilihat ialah dengan adanya anugerah sebegini, ia memberi peluang kepada pemain industri iaitu penerbit dan penulis untuk sama-sama bergiat aktif dalam industri penerbitan buku ini dan secara tidak langsung kepada UIAM yang akan melahirkan lebih ramai lagi penulis dalam kalangan pensyarah serta dapat membantu memberi manfaat kepada rakyat Malaysia secara khususnya dan serata dunia secara amnya," katanya.

Anugerah Buku Negara ini dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara diadakan bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang berlangsung selama dua minggu bermula 29 Mac hingga 7 April 2019.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...