> Ketahui 7 tip berjimat di universiti yang patut anda ambil tahu!
Ketahui 7 tip berjimat di universiti yang patut anda ambil tahu!
SITI ZUL FATIHAH ZAHARI Isnin | 8 April 2019

Menjadi seorang pelajar sudah tentunya bukan tugas mudah. Apabila bergelar seorang pelajar, tidak dinafikan, masalah kewangan menjadi masalah utama yang membelenggu diri pelajar, tambahan lagi mereka tidak bekerja dan mengharapkan sumber kewangan dari biasiswa, ibu bapa atau pinjaman pengajian semata. Bagi yang bijak berbelanja, anda amat bernasib baik. Ada juga pelajar yang terpaksa mengikat perut kerana wang tidak mencukupi untuk perbelanjaan seharian di universiti.

Selain mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasan, anda juga perlu menguruskan wang agar dapat menjalani hidup sebagai seorang pelajar dengan aman dan tenang.

Sekiranya gagal menguruskan wang dengan bijak, ia boleh mengganggu tumpuan dan seterusnya memberi kesan kepada pembelajaran anda. Berikut saya kongsikan 7 tip yang dapat membantu agar masalah kewangan anda dapat diselesaikan.

1.Pergi kelas dan jangan ponteng!

Tujuan sebenar anda masuk ke universiti untuk belajar maka belajarlah dengan bersungguh-sungguh supaya setiap semester anda cemerlang dan tidak mengulang subjek. Sekaligus, menjimatkan masa, tenaga dan kewangan anda.

2.Gunakan perpustakaan sepenuhnya

Belajar di universiti memerlukan bahan rujukan yang banyak. Setiap subjek memerlukan bahan rujukan yang berlainan. Oleh itu gunakan perpustakaan sepenuhnya untuk meminjam buku-buku rujukan tersebut. Tidak berbaloi untuk anda membeli kesemua buku-buku rujukan itu kerana kebanyakan buku tersebut hanya digunakan untuk 1 atau 2 semester sahaja.

3.Gunakan pengangkutan awam

Menggunakan pengangkutan awam biasanya melibatkan kos yang lebih rendah berbanding memandu kereta. Jangan asyik naik Grab/Uber sebab mudah, sebaiknya guna apabila perlu sahaja ataupun semasa promosi. Yang selalu menggunakan perkhidmatan bas dan LRT, anda boleh memohon kad RapidKL yang akan memberi potongan harga kepada anda sebagai seorang pelajar. Jika anda ada motosikal, ia mudah untuk anda bergerak ke mana-mana dan jimat juga!

Pengangkutan awam- sumber foto Internet

4. Gunakan telefon pintar untuk mencatat segala perbelanjaan anda

Saya percaya semua mahasiswa dan mahasiswi sekarang menggunakan telefon pintar kan? Guna telefon pintar anda dengan bijak, anda boleh memuat turun seperti Money Manager untuk membuat catatan mengenai penggunaan harian anda supaya anda boleh memastikan anda tidak berbelanja lebih. Jangan malas untuk masukkan maklumat dalam aplikasi tersebut. Daripada asyik scroll Twitter dan Facebook, buka apps tersebut dua kali sehari untuk masukkan maklumat perbelanjaan anda dan sentiasa beringat untuk berjimat-cermat. Nak shoping-online pun kena fikir banyak kali! Jangan mudah terpengaruh dengan rakan-rakan yang gemar berbelanja sakan, bak kata peribahasa ’ukur baju di badan sendiri’.

5. Cari duit sampingan

Jika anda ingin mendapatkan duit lebih, anda boleh mendapatkan kerja sambilan dalam kampus seperti di kedai cetak ataupun gerai makanan. Jika anda berani untuk mengambil risiko, anda boleh cuba untuk membuka bisnes online seperti menjual pakaian, kasut dan make up. Yang ni lagi best kerana tak memerlukan modal, seperti menjadi droship, personal shopper dan data entry. Anda juga perlu memanfaatkan telefon pintar anda dengan bijak, gunakan platform seperti Twitter dan Facebook untuk mencari kerja sambilan semasa hujung minggu ataupun mencari kaji selidik yang berbayar. Jika anda seorang Instafamous, anda boleh menjadikan laman Instagram anda sebagai lubuk wang, paid review pelbagai produk,cuma untuk berjaya anda harus kreatif dan berani mencuba!

6. Berbelanja mengikut keperluan sahaja

Kalau anda memang perlu membeli pakaian, anda boleh mencari pakaian terpakai melalui kedai bundle ataupun gunakan aplikasi seperti Carousell untuk mencari pakaian dengan harga yang lebih murah. Anda boleh menunggu sehingga terdapat sale untuk kedai yang anda gemari sehingga 50%, biasanya ia akan tersebar meluas di facebook pages masing-masing. Haa, selain itu rajin-rajinkan diri cari maklumat barang yang ingin dibeli, dan bandingkan harga dengan tempat lain agar anda tidak tertipu.

Selain itu, kurangkan perbelanjaan anda untuk barangan yang tidak diperlukan! Jangan beli ikut keperluan tapi biarlah disebabkan kehendak. Ini secara tak langsung dapat mendidik diri bijak menguruskan kewangan.

7. Belajar berniaga

Jika anda seorang yang berani memulakan bisnes, walaupun hanya dengan memulakan sejumlah modal yang kecil, tidak salah jika mencuba. Misalnya, anda mengeluarkan modal RM200 untuk membeli tudung secara pukal. Harga modal tudung tersebut adalah RM10. Tapi,anda menjualnya dengan harga pasaran RM15 sehelai kepada rakan-rakan di universiti. Berbaloi bukan? Anda telah menghasilkan pulangan yang lumayan jika perniagaan ini semakin berkembang dan pelanggan bertambah. Pastikan anda menyasarkan produk apa yang ingin anda jual, dan yang penting anda harus bijak membahagikan masa antara pelajaran dan perniagaan.

* Penulis ini merupakan alumni Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dalam bidang Pengajian Islam.


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...