> SUKIPT > Politeknik Negeri Sembilan juara sukan pantai
Politeknik Negeri Sembilan juara sukan pantai
NAHRIZUL ADIB KADRI Selasa | 9 April 2019

Politeknik Negeri Sembilan muncul juara keseluruhan Kejohanan Sukan Pantai Politeknik Malaysia Edisi 2019 yang telah berlangsung pada 29 hingga 31 Mac 2019 di Dataran Mahkota, Pantai Mersing Johor.

Kejohanan kali ini melibatkan 5 acara sukan iaitu bola jaring, bola sepak pantai, bola tampar pantai, bola keranjang dan bola baling. Sebanyak 10 pasukan Politeknik seluruh Malaysia telah menyertai kejohanan ini dengan anggaran bilangan atlit keseluruhan adalah seramai 350 orang.

Pasukan bola baling lelaki.

Pasukan Politeknik Negeri Sembilan yang merupakan gabungan dua politeknik iaitu Politeknik Port Dickson dan Politeknik Nilai telah berjaya merangkul dua pingat emas dalam acara bola jaring dan bola baling lelaki, satu pingat perak dalam acara bola baling wanita dan dua pingat gangsa dalam acara bola keranjang lelaki dan bola tampar pantai wanita.

Emas pertama diperoleh dari acara bola jaring apabila berjaya menumbangkan pasukan Politeknik Terengganu 15 – 8 pada perlawanan akhir. Manakala emas kedua dari acara bola baling lelaki yang juga merupakan emas yang menjulang nama Politeknik Negeri Sembilan sebagai juara keseluruhan. Pada perlawanan akhir, Politeknik Negeri Sembilan berjaya mengalahkan Politeknik Pahang dengan jaringan 12 – 3.

Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan Politeknik Port Dickson, Azizul Azrin Mahmor yang juga Ketua Kontinjen Pasukan Politeknik Negeri Sembilan berkata kejayaan meraih juara keseluruhan kejohanan sukan pantai Politeknik Malaysia Edisi Kedua ini sangat manis sekaligus menutup kekecewaan pada tahun lalu apabila hanya membawa pulang satu pingat perak sahaja.

“Kejayaan merupakan hasil titik peluh dan usaha gigih para atlit dan pegawai pasukan yang terlibat. Tanpa perancangan strategik oleh pegawai dan latihan yang berterusan kejayaan ini tidak mungkin datang bergolek,” katanya.

Kontinjen Politeknik Negeri Sembilan dinobat Juara Keseluruhan.

Dalam pada itu, Ketua Jurulatih Pasukan Bola Baling Politeknik Negeri Sembilan, Mohd. Fauzi Mohd Kamal menyifatkan kemenangan yang diperoleh oleh pasukannya adalah berkat kegigihan dan semangat juang yang tinggi yang ditunjukkan oleh anak buahnya. Sikap positif para pemain dan fokus dalam setiap perlawanan adalah merupakan titik tolak kejayaan pasukan ini berjaya menjulang kejuaraan acara bola baling dan seterusnya mengekalkan kejuaraan yang diperoleh pada tahun lalu.


STAY CONNECTED
Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...