> > Jauh datang dari Sabah untuk konvo tapi dilarang masuk sebab berkemeja lengan pendek, tindakan spontan pensyarah buat semua bersorak
Jauh datang dari Sabah untuk konvo tapi dilarang masuk sebab berkemeja lengan pendek, tindakan spontan pensyarah buat semua bersorak
WARTAWAN KAMPUS UOLS Khamis | 11 April 2019

Konvokesyen merupakan hari yang sangat bersejarah buat para graduan kerana hari tersebut menandakan bahawa mereka sudah berjaya menamatkan pelajaran.

Menjadi satu kebiasaan majlis pengijazahan itu diraikan oleh orang tersayang termasuk ahli keluarga.

Namun, pada kali ini sebuah kisah yang dikongsikan oleh Pensyarah Jabatan Senibina Dalaman, Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Dr Azizul Azli Ahmad di laman Facebooknya apabila mahasiswa yang mahu menghadiri majlis pengijazahan tanpa ahli keluarganya.

Apabila ditanya, ini jawapan mahasiswa itu...

Mak ayah tak dapat datang

#TabungKonvo

Penerbangan dari Sabah telan belanja sehingga RM800.

"Saya beli tiket last minit Doktor.
"Mak ayah tak dapat ikut sebab mahal," katanya.
Gambar hiasan.

Saya angguk tanda faham

Pelajar ini bergraduasi semalam. Rakannya juga asal Terengganu naik motor sahaja dan menumpang di rumah kawan.

Ketika orang lain bergembira berswafoto bersama keluarga dan kenalkan pada bakal mertua.

Mereka bersendirian sahaja.

Tak boleh masuk, baju lengan pendek

Sebelum perarakan istiadat masuk, saya dihampiri petugas konvo.

"Doktor, pelajar ini tidak boleh masuk sebab bajunya lengan pendek. Syarat istiadat baju mestilah berlengan panjang," katanya.

Semua orang mulai panik.

Gambar hiasan.

Perbarisan pelajar mula berarak keluar menuju ke dewan. Pelajar ini buntu, dia ditahan.

Dia datang jauh dari Sabah dan tak dibenarkan masuk ke dalam dewan utama.

Saya juga jadi buntu waktu itu, dalam saat singkat untuk membantu.

Bertakung air mata di wajahnya terharu

Wajahnya mula berubah. Dia sampai dari Sabah malam tadi selepas menaiki bas ke Kota Kinabalu 4 jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Seri Iskandar 3 jam lagi dengan bas.

Saya bukakan jubah yang saya sarungkan dan berikan jaket yang saya pakai untuk dia gunakan, ia tindakan spontan.

Dia terus peluk saya. Bertakung air mata di wajahnya terharu.

Urusetia bersorak gembira, saya juga terharu dibuatnya. Saya hanya lakukan spontan agar dia dapat naik bersama rakan graduan lain.

Saya rasa saya dah tak mampu sambung belajar lagi

Tamat majlis istiadat, saya tahu dia tiada keluarga bersama.

Maka saya bersama Prof Madya Dr Sabrizaa dan Dr Othman raikan mereka dengan makanan di McDonalds bersama sama.

Gambar hiasan.

Ketika kita ketawa bersama keluarga tercinta saat graduasi kita, ada mata yang bergenang air matanya kerana tiada keluarga bersama.

"Saya rasa saya dah tak mampu sambung belajar lagi, sebab itu saya datang juga agar ada pengalaman kali terakhir ini".

Mendengar itu cukup membuat hati saya berkata.

"Lelaki ini pasti berjaya"

Melangitkanlah impianmu wahai anak muda.

Azizul Azli Ahmad

Raikan Graduan Saya

#JadilahManusiaBermakna

#IstiadatKonvokesyenKe90

#HidupUntukMemberi


Artikel Berkaitan Yang Patut Anda Baca
Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling...
KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain hari ini apabila seorang saksi...
Nama Nur Amalina Bakri atau dipanggil Dr. Amalina menjadi perhatian apabila dia pernah mencatat sejarah dengan memperolehi 17 A1 dalam SPM pada tahun 2007.Mengambil langkah...
Lambakan jenama Android kini tidak menghalang mereka yang meminati iPhone untuk beralih perhatian kepada Android. Kalau kita lihat permintaan iPhone kini juga jauh lebih tinggi...
Sering kali kita dimomokkan kalau nak masuk askar jiwa kena kental, badan kena lasak sebab latihannya memang cukup ‘mendera’ mental dan fizikal.Ya, sememangnya itulah...
Saat paling sedih dalam hidup aku adalah sewaktu kehilangan arwah mama tercinta. Ketika itu aku berada di tahun 2 di universiti sebelah utara sana. Bukan mudah kan nak atasi...